Default – Above Header Ads

Joseph Lubin tentang Bitfinex: Nampaknya Ia Seperti Masalah Besar yang Tidak Akan Bertambah Baik

Joseph Lubin, pengasas syarikat teknologi blockchain ConsenSys, menggambarkan sentimen pesimistik terhadap situasi terbaru dengan platform perdagangan matawang kripto Bitfinex, menurut laporan Bloomberg pada 9 Mei.

Bercakap di persidangan Fluidity Summit, Lubin berkata “nampaknya ia adalah masalah besar yang tidak akan bertambah baik. Tether agak penting untuk ekosistem ini kerana ia digunakan oleh pelbagai institusi untuk mejadikan perdagangan lebih lancar”.

Lubin mengatakan bahawa walaupun begitu situasi tentang Tether dan Bitfinex boleh mengembangkan stablecoin lain:

“Terdapat stablecoin lain yang lebih stabil dari segi harga — banyak lagi – dan saya rasa mereka akan menambah daya tarikan kerana ini. Saya rasa ia adalah sesuatu yang baik”.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pada lewat April, Pejabat Peguam Negara New York (NYAG) mendakwa bahawa Bitfinex kehilangan $850 juta dan seterusnya menggunakan dana berkaitan dengan firma Tether, yang adalah di sebalik stablecoin bernama yang sama, untuk menampung kehilangan itu. Selepas itu, Tether dan Bitfinex membalas dakwaan dengan kenyataan bahawa pemfailan mahkamah oleh pejabat NYAG dipenuhi “dakwaan palsu”

Tether telah mengesahkan khabar angin sebelum ini bahawa tokennya tidak mempunyai sandaran penuh US Dollar, dan hanya disandarkan sebanyak 74% sahaja.

Lubin juga berkata bahawa :semua harga di planet ini dimanipulasi. Bila-bila masa pemain yang mempunyai sumber mencukupi boleh masuk dan berbuat sesuatu, anda perlu menjangkanya. Jadi kita perlu membina sistem yang lebih baik.”

Bulan yang lalu, Cointelegraph melaporkan bahawa ConsenSys, firma Lubin, berusaha untuk menarik pelabur luar untuk mengumpul $200 juta. Eksekutif syarikat itu dilaporkan bercakap dengan pelabur di Hong Kong dan Korea Selatan, tetapi tidak menjumpai ketua pelabur.

ConsenSys dilaporkan menutup tahun 2018 dengan pendapatan hanya sebanyak $21 juta yang datang daripada perniagaan perundingannya, dan merancang pendapatannya lebih dari $50 juta pada tahun 2019, dengan lebih kurang $40 juta daripada perkhidmatannya.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/joseph-lubin-on-bitfinex-it-seems-like-a-really-big-mess-that-probably-wont-get-better

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.