Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

JPM Coin Tidak akan Bersaing dengan Matawang Kripto Lain, Menurut Andreas Antonopoulos

 

Dalam segmen terbaru Let’s Talk Bitcoin, penyokong Bitcoin Andreas Antonopoulos secara terbuka mengkritik fungsi dan idea JPM Coin.

JP Morgan baru-baru ini menjadi bank AS pertama dalam sejarah untuk mencipta dan menguji coin virtual yang melambangkan matawang fiat. JPM Coin menggunakan teknologi blockchain untuk membolehkan pemindahan serta merta pembayaran antara klien dan akaun antarabangsa.

Andreas mengatakan bahawa coin JP Morgan mempunyai trademark untuk berfungsi di bawah satu blockchain, dan tidak melambangkan fungsi sebenar blockchain. Dia menggelar blockchain itu sebagai “pengkalan data SQL”. Dia memberi komen bahawa ia adalah cara untuk implementasi satu pengkalan data yang kuat menggunakan teknologi yang diubah suai secara melampau.

Andreas mengatakan:

“Itu bukan blockchain, ia adalah turutan keputusan kejuruteraan yang tidak baik!”

Dia juga menggelar stablecoin sebagai “tidak masuk akal”, dan menyebut tentang Facebook Coin yang akan datang:

“Kita akan melihat jenis coin korporat seperti ini muncul, dan mereka akan menggunakan perkataan seperti ‘blockchain’, tetapi sebenarnya ini semua adalah berpusat, penjagaan yang berisiko kepada counterparty, secara perlahan naik kepada nilai yang tidak sepatutnya, disandarkan pada US dollar yang tidak stabil dan penuh hutang, dan bergantung kepada kepercayaan sepenuhnya kepada kredit dan penipu terbesar dalam sejarah yang menjalankan Wall Street.”

Andreas menambah bahawa stablecoin adalah sesuatu yang membuang masa. Ia tidak akan bersaing dengan mana-mana matawang kripto, tetapi ia akan bersaing dengan Paypal, Venmo dan aplikasi yang sama dengannya.

Tambahan lagi, Andreas menyatakan bahawa JPM Coin tidak akan bersaing dengan baik selepas Facebook melancarkan tokennya, kerana rangkaian media sosial Facebook yang meluas.

Sumber:

https://ambcrypto.com/jpm-coin-would-not-be-competing-with-any-cryptocurrency-claims-andreas-antonopoulos/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.