Default – Above Header Ads

Jumlah Dagangan Bitcoin Di Iran Meningkat Setelah Nilai Rial Semakin Menurun Berbanding USD

 

Mata wang negara Iran telah jatuh ke rekod terendah berbanding Dolar A.S. kerana negara bersedia menghadapi sekatan ekonomi yang dikenakan oleh pentadbiran Trump. Rial Iran, yang baru sahaja mula mendapat momentum selepas bertahun-tahun susut nilai, mencecah harga terendah pada hari Isnin, berdagang secara purata pada 100,000 Rial untuk 1 USD di pasaran gelap berbanding 44,160 Rial mengikut harga pasaran. Sentimen itu semakin meningkat kerana keputusan pihak berkuasa Iran untuk mengenakan sekatan terhadap urus niaga mata wang asing.

Sesetengah rakyat Iran dilaporkan beralih kepada Bitcoin dan aset yang terdesentralisasi lain untuk menghadapi sekatan ekonomi. Sejak Mei 2018, apabila A.S. mengumumkan sekatannya terhadap Tehran, jumlah dagangan Bitcoin dalam negara telah mengalami peningkatan yang ketara, walaupun masih jauh di bawah paras tertinggi sepanjang tahun pada Disember lalu. Pada masa yang sama, media tempatan mendakwa bahawa Iran menghantar keluar lebih daripada $ 2.5 bilion dari negara mereka untuk membeli Bitcoin dan mata wang kripto lain.

Seorang rakyat Iran, yang tidak mahu dinamakan, mengesahkan bahawa dia telah membeli beberapa Bitcoin setiap bulan daripada gajinya sebagai langkah perlindungan terhadap sekatan A.S. “Saya mula membeli Bitcoin, dan juga Ethereum, memikirkan bank pusat Iran tidak dapat menyelesaikan keadaan ekonomi yang buruk sekarang ini,” katanya.

Sumber:

https://www.ccn.com/irans-bitcoin-volume-soars-as-rial-value-enters-death-spiral/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads