Default – Above Header Ads

Jumlah Perdagangan Bitcoin Institusi Melihat Peningkatan Bulan Keempat, Diar Melaporkan

 

Perdagangan produk pelaburan institusi Bitcoin telah melihat peningkatan untuk bulan Keempat berturut-turut, dan meningkat berlawanan dengan bursa pertukaran beroperasi di Amerika Syarikat sebagai peratusan daripada jumlah keseluruhan perdagangan. Berita itu didedahkan Dalam laporan baru dari media kripto mingguan Diar pada 8 April.

Data Diar menunjukkan dari bulan-ke-bulan, peratus yang merangkumi produk BTC institusi daripada jumlah keseluruhan perdagangan Bitcoin telah berterusan meningkat, dengan 15% pada bulan Januari 2019, 17% di Februari, 18% di bulan Mac dan kini 19% di bulan April.

Data Diar fokus kepada tiga produk institusi – Bitcoin futures Chicago Mercantile Exchange (CME), Bitcoin futures Chicago Board Options Exchange (CBOE) dan Bitcoin Investment Trust Grayscale (GBTC).

Peratusan yang meningkat itu tidak melambangkan all-time high, iaitu 24% pada Julai 2018, menurut data Diar. Tambahan lagi, peningkatan dalam populariti produk institusi datang walaupun dengan penurunan jumlah perdagangan di keseluruhan Amerika Syarikat:

Merujuk Diar, CBOE secara logik telah melihat penurunan paling besar dalam tahap dominan di pasaran, setelah membuang Bitcoin futures dari senarai di pertengahan Mac tahun ini apabila ia menilai semula pendekatannya kepada penyenaraian penawaran derivatif kripto.

Diar juga menyatakan GBTC Grayscale, yang berdagang di pasaran OTC, telah dilaporkan kehilangan tahap dominannya. Setelah merangkumi lebih 50% daripada peratusan pasaran antara ketiga-tiga produk institusi itu, ia kini dilaporkan berdiri di bawah separuh, di 24%.

Sebagai konteks penemuan ini, Diar menyebut tentang analisa terbaru dari indeks dana matawang kripto Bitwise Asset Management yang berhujah bahawa 95 peratus daripada jumlah di bursa pertukaran yang tidak dikawal selia nampak seperti palsu atau bersifat bukan-ekonomi.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/institutional-bitcoin-trading-volumes-see-fourth-month-of-growth-diar-reports

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.