Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jumlah Perdagangan Kripto Jatuh, Adakah Bitcoin Menuju ke Bawah Paras $3,000?

 

Dalam 48 jam yang lalu, jumlah perdagangan pasaran kripto telah jatuh dari USD$15 bilion ke $13 bilion apabila harga Bitcoin jatuh bawah $3,600.

Penganalisa telah mula menunjukkan kerisauan berkenaan penurunan jumlah dagangan aset digital dan kemungkinan senario di mana matawang kripto jatuh mendadak tanpa tekanan menjual signifikan dari bears.

Secara am, pedagang dalam pasaran kripto menjangka tahun yang mempunyai ketidakstabilan harga yang rendah, sekurang-kurangnya sehingga matawang kripto berjaya keluar dari pasaran bear yang berlarutan selama 12 bulan dan memulakan fasa pengumpulan aset digital.

Namun begitu, dalam jangka masa pendek, ramai pedagang membayangkan matawang kripto termasuk Bitcoin menguji paras sokongan dalam julat harga yang rendah.

Seorang pedagang kripto Josh Rager berkata:

“Selagi Jumlah perdagangan berterusan menurun Bitcoin akan melihat harga jatuh dan ini boleh berterusan selama beberapa hari atau minggu sehingga terdapat kekurangan dalam pembeli, yang kini mengekalkan pasaran di paras ini. Banyak sokongan di bawah $3,000 dan ramai pembeli menunggu di situ.”

Kini, berikutan penjualan besar pada 11 Januari, pasaran kripto menunjukkan kestabilan di paras $122 ke $124 bilion.

Namun begitu, gabungan penilaian semua matawang kripto di pasaran global masih lagi jatuh sehingga hampir $100 bilion sejak November 2017 dan kelas aset ini bergelut untuk menunjukkan tanda-tanda pembalikan trend.

Memandangkan tiada momentum dalam matawang kripto dan kegagalan aset dominan seperti Bitcoin dan Ethereum untuk keluar ke paras resistance yang lebih penting, seorang penaganalisa teknikal kripto DonAlt mencadangkan tahun 2019 akan menjadi tahun yang bosan di mana ketidakstabilan harga adalah rendah.

Dan semakin Bitcoi menghampiri paras bawah $3,000, sama dengan pembetulannya di pertengahan Disember, ia mungkin akan memulakan pemulihan jika dicetus oleh pembelian besar di bursa pertukaran kripto-fiat besar seperti Coinbase dan Bitstamp.

Sumber:

Volume of Crypto is Dropping, is Bitcoin Headed Below $3,000?

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.