Default – Above Header Ads

Justin Sun Berkata Dia akan Membina Monumen Untuk Mengingati Ethereum Apabila TRON Berjaya

 

Pengasas TRON (TRX) Justin Sun, yang telah menjadikan antagonisasi komuniti Ethereum sesuatu hobi, telah mengeluarkan satu lagi kenyataan yang bercakap tentang kejatuhan projek Ethereum, mengatakan bahawa dia akan membina tugu peringatan untuk projek Ethereum apabila TRON berjaya.

Kenyataan itu adalah seperti pujian dalam kutukan, kerana Sun berniat untuk membina monumen kepada komuniti pembangunan Ethereum dan Vitalik Buterin untuk sumbangan besar mereka kepada industri blockchain.

Sudah tentu ini mungkin adalah usikan online yang menjadi trademark Justin Sun terhadap projek yang bersaing dengan TRON dan tidak bertujuan untuk diambil serius. Sun bukanlah seseorang yang mengelak daripada ‘masuk bakul angkat sendiri’ projeknya, memandangkan dia selalu menggunakan Twitter dan blog online untuk mempublisikan progres pembangunan TRON dan kerjasama yang dibina.

Pemerolehan BitTorrent oleh TRON dan perancangan seterusnya untuk mengembangkan ekosistem TRON kepada pengkalan data sebesar 1 bilion pengguna dibalas dengan keraguan oleh komuniti kripto.

Bulan yang lalu, dalam temubual bersama Laura Shin, pengasas bersama Ethereum Vitalik Buterin mengatakan bahawa dia akan “hilang harapan kepada kemanusiaan” jika TRON mengatasi Ethereum. Buterin tidak menyembunyikan kebenciannya terhadap taktik pemasaran yang menarik perhatian seperti yang digunakan oleh beberapa projek.

Ethereum, TRON dan EOS semuanya bersaing untuk menjadi platform dApp teratas, dan persaingan itu nampaknya sengit memandangkan semua projek berusaha untuk menaik taraf platform mereka untuk penggunaan skala besar ditambah dengan ciri-ciri baru. Menurut dapp.review, TRON Sudah mengatasi kedua-dua EOS dan Ethereum dari segi pembangunan dApp dan juga kerana pemerolehan CoinPlay oleh projek itu, dengan tujuan untuk membina hub dApp. 

Kedua-dua Ethereum dan EOS pula berkata masih ada banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan sebelum blockchain itu pergi ke mainstream dan projek mereka “meroket ke bulan”, seperti yang dikatakan beberapa pelabur.

Sumber:

https://www.investinblockchain.com/justin-sun-says-he-will-build-a-monument-in-memory-of-ethereum-when-tron-succeeds/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads