Default – Above Header Ads

Justin Sun TRON Memberi Petunjuk Kolaborasi ‘Rasmi’ dengan Ethereum Tahun Ini

 

Pengasas dan CEO Tron (TRX) Justin Sun mendakwa bahawa dia merasa ekosistem Tron akan “bekerjasama secara rasmi” dengan Ethereum (ETH) tahun ini. Sun membuat komennya semasa temubual di podcast The Crypto Chick pada 6 April.

Lebih tepat lagi, Sun berkata dia merasa “malah tahun ini kita akan melihat Tron berkolaborasi secara rasmi dengan Ethereum.” Membalas persoalan tentang tweet terbaru pengasas Ethereum Vitalik Buterin tentang Tron, Sun berkata dia merasa “persaingan membawa produk yang lebih baik.”

Sun juga menambah:

“Saya rasa di masa depan kami akan bekerjasama dengan banyak pembangun Ethereum dan juga firma yang ditubuhkan di atas Ethereum sebelum ini untuk menjadikan industri ini lebih baik.”

Sun juga mengumumkan bahawa lapisan kedua penyelesaian skalabiliti untuk Tron, yang didakwa akan menambah throughput transaksi sekurang-kurangnya 100 kali ganda dan menurunkan yuran secara dramatik, akan dilancarkan dalam Q2 2019. Sun baru-baru ini mengeluarkan tweet tentang penyelesaian itu – yang dipanggil Sun Network – tetapi tidak menetapkan tarikh pelancaran.

Semasa podcast itu, Sun juga menyatakan bahawa stablecoin USDT versi Tron akan dilancarkan pada 9 April. Sun berkata stablecoin versi Tron itu akan membolehkan transaksi yang lebih murah dan pantas berbanding USDT berdasarkan protokol Omni.

Sun juga menyatakan bahawa dalam suku tahun kedua tahun ini, Tron akan memperkenalkan “rangkaian baru dengan pilihan privasi,” berdasarkan teknologi yang digunakan oleh Zcash.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Mac, dua bursa pertukaran besar – Huobi Global di Singapura dan OKEx di Malta – telah mengumumkan sokongan mereka untuk USDT versi Tron.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/trons-justin-sun-hints-at-official-collaboration-with-ethereum-this-year

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads