Default – Above Header Ads

Jutawan Bioteknologi Ditangkap Kerana Scam Kripto

Baru-baru ini, Phillip Frost – seorang jutawan bioteknologi dan beberapa individu lain telah didakwa oleh SEC atas kesalahan menjalankan penipuan penny stock atau saham sen.

Frost membalas dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa dia hanya terlibat secara kecil dalam operasi tersebut, dimana dia hanya membeli stok sen tersebut untuk menaikkan nilainya sebelum menjualnya untuk mendapatkan untung besar. Sebelum mereka ditangkap, kumpulan ini berjaya meraih keuntungan sebanyak USD$27 juta.

Sebanyak tiga syarikat yang terlibat dalam operasi pump and dump ini, dan Frost terlibat dalam dua daripadanya. Namun begitu, disebabkan perjanjiannya dengan SEC, yang kini berfungsi dengan pekerja yang sangat sedikit disebabkan penutupan kerajaan di Amerika Syarikat, Frost bukan dibawah kewajipan untuk mengaku atau menafikan dakwaan SEC itu. Secara alternatif, dia akan membayar saman sebanyak USD$5.5 juta dan juga berjanji tidak akan terlibat dalam operasi saham sen lagi.

Berdasarkan laporan terkini daripada SEC, Honing membeli 9 peratus daripada Bioptic, syarikat pertukaran bioteknologi sebelum menukarkan namanya kepada Riot Blockchain. Dia mendapatkan saham besar dalam syarikat itu dengan harga yang telah dikurangkan kepada USD$9. Apabila syarikat itu ditukarkan kepada firma pelaburan kripto dan Blockchain, nilai saham meningkat sehingga hampir USD$50. Honing mempertahankan tindakannya dengan mengatakan bahawa, “Apabilah harga saham naik, anda akan untung. Semua pelabur yang bagus tahu perkara ini.”

O’Rourke adalah CEO Bioptic dan kemudiannya Riot Blockchain. Kesnya masih dalam proses. Frost mula terlibat apabila dia membantu dalam pembayaran promosi yang melanggar undang-undang untuk dua saham yang dia telah beli dan dia juga melabur untuk menaikkan harga saham itu. Memandangkan skim pump and dump melanggar undang-undang, Frost dan legal team beliau bersetuju untuk penyelesaian sebanyak USD$5.5 juta.

Sumber:

Biotech Billionaire Caught in Crypto-Related Penny Stock Scam

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads