Default – Above Header Ads

‘Jutawan Bitcoin’ Melarikan Diri daripada Perompak Bersenjata

Di Norway, seorang jutawan Bitcoin disasarkan oleh perompak bersenjata yang ingin mencuri dana dari wallet matawang kriptonya. Mangsa sempat melarikan diri dengan melompat dari balkoni rumah kediamannya.

Dalam satu pengajaran tentang mereka yang memberitahu orang lain tentang banyak mana matawang kripto yang mereka miliki, seorang mangsa nyaris-nyaris mati kerana simpanan matawang kriptonya. Penyerang itu rupa-rupanya mensasarkan simpanan matawang kripto mangsa yang bernilai jutaan dollar.

Seorang jutawan Bitcoin telah berhadapan dengan perompak bersenjata di Oslo, Norway yang berjaya menempuh masuk ke dalam apartmennya dengan senapang patah.

“Baring, atau aku tembak,” penyerang itu berkata menurut dakwaan yang dilaporkan oleh berita tempatan Norwegia TV2. Sewaktu itulah mangsa memutuskan untuk melompat dari balkoni apartment tingkat keduanya ke jalan raya. Ia tidak diketahui sama ada mangsa cedera semasa dia melarika diri, tetapi perompak itu berjaya ditahan selepas itu.

Mangsa itu dikenali sebagai seorang yang ‘berlagak’ tentang simpanan Bitcoinnya. Dia dikatakan telah bekerja dalam industri itu selama sepuluh tahun, berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah untuk beberapa firma matawang kripto. Namun begitu, persona selebritinya dan simpanan Bitcoinnya yang dianggap ‘rahsia terbuka’ menyebabkan dia menjadi sasaran. Niat perompak itu adalah untuk memaksa mangsa memberi akses kepada wallet matawang kriptonya.

Kes ini dijangka akan dibicarakan di mahkamah pada 17 dan 18 Oktober.

Kes pelik ini yang datang dari Norway menekankan pengajaran penting yang sepatutnya menjadi common sense bagi sesiapa sahaja yang terlibat dengan matawang kripto – jangan bagitahu sesiapa pun tentang simpanan matawang kripto anda. Ia adalah satu kelakuan yang akan merugikan anda suatu hari nanti. Anda mungkin selamat sekarang, tetapi sebenarnya anda telah meletak sasaran besar di belakang anda.

Sumber:

https://beincrypto.com/bitcoin-millionaire-escaped-armed-robber-looking-to-drain-his-cryptocurrency-wallets/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!