Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jutawan Elon Musk Patut Menukar Saham SpaceX kepada Matawang Kripto

Elon Musk mungkin menghabiskan duit untuk menstabilkan pengemudian kapal Tesla, tetapi Mike Novogratz memberi hint bahawa dia akan menjadi orang pertama untuk melabur dalam projek berprofil tinggi jutawan itu, SpaceX. Jika SpaceX melancarkan sahamnya ke atas rangkaian matawang kripto.

Novogratz, CEO Galaxy Digital dan bekas pengurus hedge fund di Fortress Investment Group, telah bercakap panjang lebar tentang Bitcoin dalam bulan ini, tetapi dia juga penyokong kuat “tokenisasi.” Dia berpendapat Elon Musk pun sepatutnya berfikiran begitu.

Berikutan pelancaran beberapa satelit oleh SpaceX ke angkasa pada 24 Mei, Novogratz mengeluarkan tweet:

“Harap mereka dapat tokenisasi @SpaceX…Ini sangat hebat. Tahniah @elonmusk.”

Di bawah peraturan yang ditetapkan, syarikat boleh “tokenisasi” saham mereka melalui pengeluaran saham di atas blockchain. Novogratz dan lain-lain percaya bahawa token sekuriti – matawang kripto yang melambangkan pemilikan dalam aset – boleh menghuru-harakan Wall Street.

Apabila Novograzt bercakap dengan CNBC, dia tidak bercakap tentang idea Elon Musk melancarkan saham SpaceX ke dalam blockchain. Tetapi dia berbincang satu lagi strategi kripto baru jutawan: “GlobalCoin Facebook”.

Tidak seperti ramai yang lain, Novogratz berkata bahawa perancangan kripto Facebook adalah “sangat penting” untuk penerimaan Bitcoin.

Pengasas Galaxy Digital itu juga berkata bahawa utiliti GlobalCoin adalah sebagai matawang pembayaran, yang tidak akan mengambil alih Bitcoin sebagai “emas digital.”

“Secara jujur, matawang Facebook memberi pengiktirafan kepada seluruh ruangan. Bitcoin tidak akan menjadi matawang pembayaran. Ia akan jadi tempat penyimpanan nilai, sama seperti emas. Ia akan menjadi apa yang orang lihat sebagai tempat penyimpanan nilai.”

Sumber: 

https://www.ccn.com/billionaire-elon-musk-should-turn-spacex-stock-into-a-cryptocurrency

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.