Default – Below Header Ads

Kad Coinbase Dilancarkan di Enam Negara Eropah

Bursa pertukaran kripto dan perkhidmatan wallet yang beroperasi di Amerika Syarikat Coinbase telah melancarkan kad debit Visa di enam negara Eropah, menurut laporan CNBC pada 11 Jun.

Pada hari ini, pemegang kad di Sepanyol, Jerman, Perancis, Itali, Ireland dan Netherlands akan boleh menggunakan kad tersebut, yang akan dihubungkan secara langsung ke akaun Coinbase mereka. Kad itu datang sebagai aplikasi mudah alih untuk iOS atau Android, dan sebagai kad fizikal yang boleh digunakan untuk mengeluarkan matawang fiat dari ATM.

Tawaran baru Coinbase akan membenarkan pengguna membelanjakan matawang kripto yang dipegang di mana sahaja peniaga yang menerima kad Visa. Pengguna boleh memilih matawang kripto mana yang mereka ingin gunakan untuk membuat pembayaran dalam aplikasi itu, dan Coinbase akan terus menukar kripto itu kepada tunai, dengan yuran.

CEO Coinbase UK Zeeshan Feroz berkata, “Anda boleh membeli barangan harian dengan Bitcoin dan kemudian kopi dengan Litecoin selepas itu.”

Kad itu pertama kali dilancarkan untuk pengguna di UK pada bulan April tahun ini. Kad itu telah dikeluarkan Oleh Paysafe Financial Services Limited, yang dikawal selia oleh Financial Services Authority sebagai pengeluar wang elektronik dan instrumen pembayaran yang diiktiraf.

Bursa pertukaran yang beroperasi di San Francisco itu telah mengembangkan tawarannya secara signifikan dalam masa setahun. Bulan yang lalu, ia telah mengembangkan perkhidmatan perdagangannya ke 50 lagi negara dan menambah sokongan perdagangan untuk stablecoin USDC di 85 negara. Coinbase juga menambah stablecoin dai kepada program Coinbase Earn, yang memberi ganjaran kepada pengguna dengan kripto untuk menonton video pembelajaran.

Walaupun dengan penambahan barunya, Naib Presiden Bisnes, Data dan Antarabangsa Coinbase, Emilie Choi berkata bahawa buat masa ini ia tidak melabur dalam sektor pertukaran desentralisasi walaupun selepas pemerolehan platform perdagangan P2P desentralisasi Paradex tahun lalu. Choi berkata:

“Kami perlu memastikan bahawa kami menawarkan dex yang kami jalankan dalam cara yang selamat dan mematuhi peraturan. Saya rasa kurang jelas bagaimana ia berfungsi kini. Kami rasa ia adalah ruangan yang menarik tetapi kami tidak melabur secara aktif dalamnya sekarang.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/coinbase-card-launches-in-six-european-countries

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Default – Between Post Ads