Default – Above Header Ads

Kad Hadiah Kripto Kini Boleh Digunakan di Airbnb

 

Pembekal kad hadiah digital dan kredit telefon bimbit Bitrefill telah menambah pilihan untuk membuat tempahan Airbnb dengan menggunakan matawang kripto, menurut pengumuman Bitrefill dalam tweet pada 27 Mac.

Menurut pengumuman itu, pelanggan kini boleh membayar untuk tempahan mereka dengan Bitcoin, Ethereum, Dash, Litecoin dan Dogecoin. Kad itu secara teknikal adalah produk baucar, bermakna pelanggan boleh membeli persamaan US Dollar untuk Airbnb dengan matawang kripto dan menerima kod baucar untuk digunakan di atas platform itu. Oleh itu, Airbnb sendiri tidak menerima atau menguruskan matawang kripto itu.

Kini, servis itu hanya boleh didapati di Amerika Syarikat dan untuk penginapan kurang dari 28 hari. Pelanggan boleh membeli baucar dalam $25, $50 dan $100.

Bitrefill adalah firma yang beroperasi di Sweden yang membekal kad hadiah kripto untuk beberapa peniaga seperti Netflix, Hulu, eBay, Amazon dan lain-lain.

Matawang kripto secara perlahan-lahan memasuki sektor pelancongan. Pada bulan Februari, Cointelegraph melaporkan bahawa kad pengangkutan awam satu negeri di Argentina, SUBE (Sistema Único de Boleto Electrónico) kini boleh ditambah kredit menggunakan Bitcoin. Inisiatif ini dilaporkan bertujuan untuk memberi orang ramai lebih banyak akses kepada “teknologi Revolusi seperti Bitcoin.”

Ogos yang lalu, kerajaan Queensland di Australia mengumumkan ia akan memberi gran kepada startup matawang kripto sebagai sebahagian daripada dana inovasi sebanyak lebih $8.3 juta. Syarikat itu akan menambah pelancongan kepada negeri itu dengan menjual pakej pelancongan dengan matawang kripto.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/crypto-gift-cards-can-now-be-used-for-reservations-on-airbnb

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads