Default – Above Header Ads

Kajian: Bakkt Adalah ‘Faktor Penyumbang’ Kepada Kejatuhan Harga Bitcoin

Binance Research, cabang analitik kepada bursa pertukaran kripto Binance menyokong teori bahawa pelancaran platform perdagangan institusi Bakkt menyebabkan harga Bitcoin turun sebanyak 20%. Dalam edisi terbaharu laporan mereka mengenai keadaan pasaran, Binance Research menyatakan Bakkt sebagai peristiwa utama yang berlaku sebelum penurunan harga Bitcoin minggu lalu. Bakkt memulakan perdangangan kontrak niaga hadapan Bitcoin pada 23 September. Tiga hari kemudian, harga BTC/USD jatuh dari hampir $ 10,000 ke bawah $ 8,000.

Para pemain pasaran menyaksikan aktiviti dagangan Bitcoin tidak memberikan kesan positif walaupun kontrak niaga hadapan Bakkt menjanjikan pembukaan pasaran Bitcoin dengan lebih luas. Binance Research merumuskan: “Bakkt dipuji oleh banyak ‘pemerhati kripto’ sebagai saluran utama tambahan untuk membawa aliran institusi yang besar ke dalam pasaran aset mata wang kripto dan aset digital. Ia pastinya akan berkembang pada masa depan, seperti yang digambarkan oleh kontrak niaga hadapan CME yang lembap dari segi penerimaan dan jumlah perdagangan pada permulaannya. Namun, dari segi jangka pendek, ternyata Bakkt mengecewakan dan menjadi faktor utama kepada penurunan harga Bitcoin baru-baru ini. “

Hasil kajian ini agak serupa seperti yang dilaporkan oleh JP Morgan. Minggu lalu, JPMorgan mengeluarkan satu laporan pada 27 September yang dipetik oleh Bloomberg menyatakan: “Mungkin penyenaraian kontrak niaga hadapan yang diselesaikan secara fizikal (yang membolehkan beberapa pemegang Bitcoin fizikal seperti pelombong kripto untuk melindung nilai pendedahan mereka terhadap risiko) telah menyumbang kepada penurunan harga Bitcoin baru-baru ini, dan bukannya disebabkan oleh jumlah perdagangan kontrak niaga hadapan yang rendah.”

Rujukan:

https://info.binance.com/en/research/marketresearch/Global-Markets-September-2019.html

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.