Default – Above Header Ads

Kajian: Sektor Fintech Swiss Berkembang, Sementara Bank Tradisional Berkurang

 

Kajian baru menunjukkan bahawa sektor fintech di Switzerland berterusan berkembang, sementara institusi kewangan tradisional semakin stagnan. Laporan itu diterbitkan oleh SwissBanking pada 1 April.

Laporan itu, yang dipanggil “IFZ FinTech Study 2019” disediakan oleh Lucerne University of Applied Studies dengan tujuan untuk menunjukkan pembangunan dalam industri fintech di tahun 2018 dan menganalisa bagaimana bank meletakkan diri mereka vis-avis industri fintech.

Menurut laporan itu, sektor fintech Swiss menunjukkan perkembangan yang signifikan pada tahun 2018. Dengan 356 syarikat yang aktif menjelang penghujung tahun, industri itu dilaporkan berkembang sebanyak 62 peratus. Sektor itu dilaporkan menjalankan transaksi venture capital yang lebih besar, walaupun pasaran untuk aset kriptografi melalui pembetulan yang signifikan.

Laporan itu juga menyatakan bahawa industri fintech berterusan membangun berbanding sektor kewangan am, di mana jumlah organisasi dan pekerja dilaporkan semakin berkurang. Menurut laporan itu lagi, syarikat fintech lebih cepat dan efisyen dari segi implementasi dan pelancaran teknologi baru.

Bercakap tentang institusi kewangan tradisional, bank perlu lebih progresif untuk kekal relevan. Laporan itu mengatakan:

“Industri kewangan Swiss kepada jumlah pendapatan ekonomi Swiss adalah hasil daripada tahap relevan institusi kewangan tradisional yang semakin berkurang. Sebab untuk perkembangan ini termasuk model perniagaan baru, yang menjadikan beberapa perkhidmatan bank tidak diperlukan.”

Laporan itu juga mengatakan bahawa firma teknologi lejar teragih (DLT) dan perniagaan berkaitan kripto dapat berkembang kerana persekitaran undang-undang yang mesra blockchain di negara itu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/study-swiss-fintech-sector-grows-while-traditional-banks-decline

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads