Kakao Menarik Perhatian Penggunanya dengan Teaser Wallet Kripto Klip
Kakao, syarikat yang menjalankan aplikasi permesejan paling popular Korea Selatan, Kakao Talk, telah memberi peminat kripto sekilas pandang kepada wallet matawang kriptonya, Klip. Klip sedang dibangunkan Oleh subsidiari blockchain Kakao, GroundX dan ia direka bentuk untuk menyokong non-fungible tokens (NFT), aplikasi desentralisasi (DApps) dan juga aset digital projek di atas rangkaian blockchain Klaytn, dan apabila ia dilancarkan di penghujung tahun ini, dilaporkan oleh News1 Korea pada 12 Ogos 2019.
Nampaknya cita-cita kripto gergasi internet dan permesejan serta-merta Korea Selatan, Kakao sedang Bergerak dengan lancar, dan firma itu kini sedang mendekati penyempurnaan wallet kripto pelbagai fungsi.
Menurut sumber paling dekat dengan subjek itu, Kakao telah membenarkan penggunanya untuk melihat sekilas pandang ke dalam wallet aset digital Klip yang dijadualkan akan dilancarkan sebelum 2019 berakhir, dengan membuat preview mudah aplikasi itu yang boleh didapati dalam aplikasi permesejan.
Klip dilaporkan akan menjadi wallet natif ekosistem blockchain Kakao dan ia akan menyokong pelbagai aplikasi seperti kewangan, permainan blockchain, kandungan, dan non-fungible token (NFT).
Sejak pelancaran rangkaian blockchain pada bulan Oktober 2018, Klaytn Kakao telah menarik banyak rakan kongsi.
Pada bulan November 2018, Kakao telah memeterai satu perjanjian kerjsama dengan Terra untuk membangunkan sistem permbayaran dan juga stablecoin yang akan dikuasakan oleh Klaytn. Pada 10 Disember 2018, Klaytn mengumumkan kerjasama dengan beberapa projek blockchain, sebagai sebahagian daripada strateginya untuk menambah penggunaan platform itu.
Kini, kumpulan Kakao telah mendedahkan bahawa selain daripada berfungsi sebagai tempat penyimpanan selamat untuk menyimpan token Klaytn, wallet Klip juga akan menyokong altcoin rakan kongsi Kakao yang telah membina projek di atas rangkaian blockchain Klaytn.
Paparan skrin wallet Klip yang dikeluarkan oleh firma itu dilaporkan mengandungi logo beberapa ahli ekosistem termasuk Airbloc, Pebble dan Spin Protocol.
Pasukan itu berkata wallet Klip direka bentuk untuk membekalkan penyimpanan yang selamat untuk aset kripto, dan juga transaksi yang sangat pantas yang boleh membuat kehidupan lebih mudah untuk 50 juta pengguna Kakao dan ia akan diintergrasi terus ke aplikasi permesejan Kakao, KakaoTalk.
“Wallet Klip telah mengeluarkan testnet di hadapan pelancaran dalam separuh tahun kedua 2019. Perkhidmatan ini akan menawarkan keselamatan, kepantasan dan kemudahan penggunaan,” menurut pengisytiharan daripada pegawai projek itu.
Sumber:
https://btcmanager.com/kakao-klip-crypto-wallet-teaser/?q=/kakao-klip-crypto-wallet-teaser/&
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!