Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kanada: Blockchain Association Bergabung dengan Chamber of Digital Commerce

 

Persatuan perdagangan blockchain terbesar di Kanada, the Chamber of Digital Commerce telah bergabung dengan Blockchain Association of Canada (BAC), yang kini akan dipanggil Chamber of Digital Commerce Canada. Penggabungan itu diumumkan dalam sidang media yang diterbitkan dalam laman web Chamber of Digital Commerce pada 5 Februari.

Pengarah Eksekutif dan ahli strategi polisi BAC, Tanya Woods akan berkhidmat sebagai pengarah urusan Chamber of Digital Commerce Canada. Woods sebelum ini pernah bekerja dengan kerajaan Kanada, BCE, Nintendo dan Microsoft. Woods berkata dalam sidang media itu:

“Ketua blockchain Kanada dan kerajaan ingin melihat ekosistem blockchain yang kuat dan selaras yang bersedia dan boleh bekerjasama secara efektif dengan pembuat polisi untuk memastikan industri itu membangun di Kanada.”

Don Tapscott, pengerusi eksekutif Blockchain Research Institute, mengatakan Kanada mempunyai posisi yang baik untuk menjadi ketua global dalam industri blockchain. Dia menambah bahawa, “Ia amat kritikal untuk Kanada mempunyai komuniti tempatan yang bersatu untuk menggalakkan penggunaan blockchain…”

The Chamber of Digital Commerce ditubuhkan pada Julai 2014, dan merangkumi 200 syarikat yang ingin melabur dalam teknologi blockchain. Antara ahlinya termasuk Microsoft, Overstock, IBM dan BitPay.

Pada bula Oktober 2018, Cointelegraph melaporkan bahawa Canada Border Services Agency (CBSA) bersetuju untuk menguji penyelesaian perkapalan blockchain yang dicipta IBM. Sistem yang implementasi blockchain akan membolehkan pengedaran dan proses perdagangan otomatik, selain daripada mengurangkan kos dan margin untuk kesilapan.

Kanada telah menjadi negara yang mengetuai ruangan kripto dan blockchain kerana rejim kawal selia yang mesra blockchain, kos penggunaan tenaga yang rendah dan kelajuan internet yang tinggi.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/canada-blockchain-association-merges-with-chamber-of-digital-commerce

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads