Default – Above Header Ads

Kapital Pasaran Bitcoin Pada Bulan Jun Adalah yang Tertinggi Sejak 2017

Pada 27 Jun 2019, Bitcoin telah mencecah harga tertinggi sejak 2017 dan berdagang pada harga hampir $14,000 sebelum jatuh sehingga ke bawah $10,000 hanya dalam beberapa hari.

Pada masa sama, matawang kripto terbesar itu juga telah melepasi tahap dominasi pasaran sebanyak 60 peratus buat kali pertama dalam masa 17 bulan.

Menurut metrik yang dibekalkan oleh CoinMarketCap, Indeks Dominasi Bitcoin menunjukkan Bitcoin berterusan menaik sejak 25 Jun walaupun pasaran matawang kripto lain tidak menunjukkan prestasi yang sama seperti Bitcoin.

Pergerakan ke harga tertinggi tahun 2019 adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh bull yang menikmati lebih 230 peratus dalam keuntungan sejak permulaan tahun 2019.

Apa yang menarik adalah kenaikan dalam harga itu juga disertai dengan kenaikan dalam jumlah perdagangan dalam masa 24 jam apabila terdapat kenaikan dalam pasaran kripto sebanyak $13.8 bilion, menurut data dari CoinMarketCap.

Namun begitu, jumlah “Real 10” – satu metrik yang hanya mengambil data tentang jumlah perdagangan dari bursa pertukaran yang melaporkan jumlah perdagangan sebenar, menunjukkan kenaikan yang lebih kecil iaitu $4.09 bilion, menurut messari.io.

Default – Inside Post Ads

Sewaktu penulisan, kapital pasaran Bitcoin adalah $175 bilion, iaitu dalam $59 juta lebih daripada gabungan kapital pasaran semua matawang kripto yang lain yang bernilai $116 bilion. Penganalisa kini melihat kepada Bitcoin, sama ada ia dapat kekal di atas tahap sokongan $9,000 untuk kembali kepada sasaran $12,000 kembali.

Sumber:
https://www.coindesk.com/bitcoins-share-of-350-billion-crypto-market-highest-since-2017

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMydi Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.