Default – Above Header Ads

Kebanyakan Pengguna UK Tidak Faham Matawang Kripto

 

Beberapa survey telah menemui bahawa dua pertiga pengguna British tidak tahu apa matawang kripto itu. Pada masa yang sama, kurang dari 2 peratus yang telah membeli kripto lebih dari £200.

Sesuatu yang tidak mengejutkan, kerana sebagai salah satu pusat kewangan global, London kononnya mengetuai negara itu dalam pemahaman matawang kripto.

Pasangan survey itu dijalankan oleh Financial Conduct Authority (FCA) UK sebagai laporan tambahan kepada laporan dari Bank of England, HM Treasury dan FCA tentang matawang kripto. Survey yang pertama dijalankan oleh Revealing Reality dan bertanya 31 pelabur matawang kripto tentang tabiat pembelian mereka, motif dan sikap terhadap aset digital.

Yang kedua, oleh Kantar TNS, bertanya sampel 2,132 pengguna UK tentang pengetahuan mereka mengenai aset digital dan jika mereka pernah membeli apa-apa matawang kripto. Keputusan survey itu menunjukkan bahawa hanya 27 peratus dalam sampel itu yang mendakwa mereka mempunyai ilmu tentang matawang kripto. 

Apa yang lebih menarik adalah mereka yang merasa mereka telah terlepas kapal Bitcoin dan aset digital lain, hanya tiga peratus peserta survey Sahaja yang pernah membeli matawang kripto. Dan dalam angka itu, separuh daripadanya membelanjakan kurang daripada £200 untuk matawang kripto.

Menurut keputusan kajian itu, beberapa orang yang melabur dalam aset digital berbuat begitu dengan harapan untuk “kaya dengan cepat”. Separuh daripada mereka yang melabur dalam matawang kripto berkata mereka percaya pada Bitcoin untuk jangka masa panjang. Sementara, lagi satu pertiga lebih suka Ether.

EXMO affiliate program

Christopher Woolard, pengarah eksekutif strategi dan persaingan FCA berkata:

“Keputusan survey menunjukkan bahawa aset kripto tidak begitu difahami oleh kebanyakan pengguna, majoritinya tidak membeli atau menggunakannya buat masa ini. Walaupun kajian menunjukkan beberapa impak negatif kepada pengguna individu aset kripto, ia tidak menunjukkan impak besar kepada masyarakat.”

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/03/07/early-bitcoin-uk-cryptocurrency/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.