Default – Above Header Ads

Kedai Runcit Besar AS Tidak Lagi Menggunakan Visa – Mempertimbangkan Lightning Network Bitcoin

 

Syarikat runcit besar AS, Kroger, tidak lagi menerima kad kredit Visa di rantaian kedai Smith, menyatakan yuran Visa terlalu mahal. Rantaian Smith merangkumi 134 kedai dalam 7 negeri AS, dan mempunyai 20,000 staf.

Yuran kad yang dikenakan oleh Visa lebih tinggi di Smith berbanding jenama kad kredit yang lain, menurut CFO Kroger, Mike Schlotman:

“Visa telah menyalahgunakan kedudukannya dan mengenakan yuran yang berlebihan kepada kedai runcit untuk sekian lama.”

Sementara itu, Visa akan meningkatkan kadar yuran kad kredit untuk bank yang memproses pembayaran kad untuk peniaga bermula bulan April.

Dalam keadaan itu, ia tidak mengejutkan apabila terdapat cadangan menggunakan matawang kripto, dan Pompliano yang menyahut cabaran itu. 

“Siapa yang mengetahui sesiapa dalam kumpulan kepimpinan di situ?” katanya dalam tweet. “Kumpulan Morgan Creek Digital akan terbang untuk berjumpa dengan mereka dan memasukkan mereka ke dalam Lightning Network negara itu.”

EXMO affiliate program

Beberapa jam kemudian, pengurus produk dari Kroger Digital memberi respon kepada tweet itu.

https://bitcoinist.com/wp-content/uploads/2019/03/photo_2019-03-03_17-08-38-417×420.jpg

Tidak lama kemudian, penyokong Ripple menyertai perbualan itu dan mencadangkan XRP sebagai alternatif. Ada juga yang mencadangkan penjualan kad hadiah Smith di BitRefill.

Apa yang pasti, ini adalah sesuatu yang besar. Smith adalah jenama kedua Kroger yang berhenti menerima kad kredit Visa, selepas Foods Co. di California. Implementasi penyelesaian pembayaran Lightning Network yang berjaya di kedai itu boleh membawa kepada implementasi meluas ke jenama Kroger yang lain.

Sumber:

https://bitcoinist.com/kroger-smiths-visa-bitcoin-lightning-network/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.