Default – Above Header Ads

Kedai Runcit di Perancis Jual Bitcoin – Adakah ini Akan Memberi Impak Kepada Penggunaan dan Harga?

 

Akan terdapat 10,000 kedai runcit di Perancis yang akan dan aset digital. Untuk menjadikan ia satu yang pasti, Digycode akan bekerjasama dengan syarikat pembayaran yang beroperasi di Paris, Ingenico. Maklumat ini dilaporkan oleh berita tempatan Cryptonaute. Penganalisa dan pakar kini sedang mencuba untuk memahami bagaimana ia akan memberi impak kepada Bitcoin dari segi penggunaan dan harga.

Salah satu perkara paling penting di sebalik kedai runcit menawarkan Bitcoin kepada pelanggan adalah ia akan membawa impak kepada penggunaan. Pengguna akan mendapat akses yang lebih mudah kepada Bitcoin, dan secara amnya, pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal tentang bagaimana untuk menggunakan Bitcoin dan matawang virtual akan merasa lebih selesa membelinya di kedai runcit tempatan daripada di bursa pertukaran.

Tentang Kerjasama itu, CEO Digital Services, Christopher Villegas berkata:

“Pelancaran Digycode adalah hasil kerjasama antara Digital Service dan Ingenico, dan penjual tembakau yang mempunyai mesin tunai Delvyx, jadi layak untuk menjual produk kami kepada pelanggan mereka.”

Dengan startup ini, mereka akan menawarkan kupon prepaid recharge yang boleh dibeli pada tiga harga: 20, 50 dan 500 euro. Pengguna boleh menebus kupon di laman web Digycode menggunakan kod rahsia. Selepas itu, kupon euro itu akan ditukar kepada kripto.

Seperti yang disebut sebelum ini, ia akan menjadikan ia mudah untuk pengguna membeli Bitcoin, jadi meningkatkan jumlah dana yang masuk dalam pasaran kripto. Bitcoin sudah dalam keadaan pasaran menurun sejak Disember 2017 apabila ia mencecah $20,000. Jadi, ini adalah positif untuk matawang virtual.

Dengan permintaan yang meningkat untuk Bitcoin, harga matawang kripto mungkin akan naik kembali. Sekurang-kurangnya di Perancis akan ada permintaan yang meningkat untuknya. 

Sumber:

https://usethebitcoin.com/retail-shops-in-france-to-sell-bitcoin-would-this-have-an-impact-on-adoption-and-price/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

===

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.