Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kedudukan Terkini Kripto Yang Dilaksanakan Kerajaan China Letakkan EOS Di Tangga Pertama, BTC Hanya Berada Di Tangga ke-17

Pusingan kedua penarafan bulanan mata wang kripto dan projek blockchain China telah dikeluarkan. Diumumkan sebagai “Indeks Penilaian Teknologi Rantaian Awam Global,” pengumuman terbaru ini diumumkan di Dewan Sains Shanghai pada 20 Jun dan meletakkan ranking EOS di tangga pertama, Ethereum (ETH) di tangga kedua, dan Bitcoin (BTC) tangga ke-17, daripada 30 mata wang kripto yang dianalisis.

“Indeks Penilaian Teknologi Rantaian Antarabangsa” bulanan China diterbitkan oleh Pusat Industri Maklumat Maklumat China (CCID) Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, dan dikatakan disusun oleh “pakar-pakar tahap teringgi”, menurut kepada siaran akhbar Indeks asal. Kedudukan tertinggi EOS adalah disebabkan oleh “kelebihan teknikal yang luar biasa dalam kecekapan pengesahan transaksi, pengeluaran rangkaian, dan kos urus niaga” dalam protocol tersebut. Walaupun menyatakan berkenaan masalah pelancaran EOS Mainnet baru-baru ini – sejak berfungsi pada 15 Jun, rangkaian itu telah menghadapi beberapa masalah teknikal namun penilaian itu tetap menghakimi projek itu sebagai “sangat aktif dalam inovasi teknologi.”

Indeks itu telah digambarkan sebagai “analisis bebas” bulanan yang menilai projek-projek blockchain global berdasarkan keupayaan teknologi, kegunaan dan inovasi mereka. Ia mula-mula diumumkan pada Mei untuk mengimbangi apa yang dianggap oleh kerajaan China sebagai “kekurangan penilaian yang sepenuhnya bebas” untuk projek kripto dan blockchain.

Sumber:

https://www.ccn.com/prominent-vc-investors-remain-committed-to-cryptocurrency-despite-bear-cycle/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads