Default – Above Header Ads

Kegagalan Bank Pusat Argentina Menghalang Inflasi Menolak Rakyatnya ke Bitcoin

 

Kadar inflasi Argentina yang semakin tinggi mencecah paras tertingginya sejak 1992, menyebabkan rakyatnya berpaling ke arah Bitcoin sebagai alternatif.

Bank pusat Argentina sudah mengetatkan polisi kewangannya tiga kali dalam bulan lalu, dan inflasi masih lagi meningkat dengan cepat pada kadar hampir 55 peratus. Menurut Bloomberg:

“Kadar inflasi meningkat ke hampir 55 peratus di bulan Mac, dengan harga barangan meningkat 4.7 peratus bulan itu, mengatasi semua ramalan dalam survey penganalisa Bloomberg.”

Persekitaran ekonomi yang tidak stabil itu menyebabkan ramai pedagang dan pelabur beralih arah ke Bitcoin. Oleh itu, jumlah perdagangan Bitcoin di Argentina telah mencecah all-time high, menurut data terkini dari LocalBitcoins/coin.dance.

Ekonomi Argentina mengalami masalah inflasi kronik sehinggakan apa sahaja polisi kewangan tidak boleh digunakan. Menurut Financial Times:

“Argentina terperangkap dalam kitaran yang teruk. Permintaan hanya sekadar beberapa juta dollar dalam pasaran yang tiada kecairan boleh melemahkan peso, dan itulah kesnya sejak awal Mac lagi. Penurunan kadar pertukaran telah membawa kepada kenaikan inflasi, pengdollarisasi portfolio, dan kadar bunga yang tinggi – kini cara terakhir untuk bank pusat mempertahankan matawang itu.”

Hakikatnya, Bitcoin yang tidak terjejas dengan inflasi menjadikan ia sangat menarik dalam persekitaran sebegini. Kerana itu ramai yang melihat Bitcoin sebagai alternatif baru. Mereka berkempen, malah kepada kerajaan, untuk integrasi matawang kripto itu ke dalam ekonomi Argentina.

Bitcoin sudah digunakan dalam banyak aktiviti perniagaan. Contohnya, dalam 37 bandar, pengguna pengangkutan awam secara langsung menggunakan Bitcoin untuk membayar perjalanan mereka, sementara ATM Bitcoin semakin banyak di Buenos Aires.

Paling relevan, pentadbiran Presiden Mauricio Macri telah menunjukkan minat terhadap Bitcoin dan teknologi blockchain. Contohnya, pada Mac 2019, kerajaan itu telah mengumumkan kerjasama dengan Binance Labs, inkubator teknologi blockchain Binance. Semasa pengumuman itu, kerajaan itu berjanji untuk memadankan 1:1 dengan pelaburan Binance.

Sumber:

https://bitcoinist.com/argentina-central-bank-inflation-bitcoin/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.