Kelab Bola Sepak Liga Perdana West Ham akan Melancarkan Token Peminat Melalui Kerjasama Socios

West Ham United di London – kumpulan bola sepak yang bermain dalam Liga Perdana – berkerjasama dengan platform blockchain socios.com untuk melancarkan ekosistem token peminat. Berita itu diterbitkan dalam sidang media bersama Cointelegraph pada 30 April.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, platform pengundian yang ditokenisasi dan aplikasi mudah alih berdasarkan blockchain Socios dijalankan oleh firma sukan blockchain chiliZ, yang mempunyai sokongan oleh pemain industri kripto seperti Binance dan OK Blockchain Capital.

West Ham United, yang kini di kedudukan ke-11 di Liga Perdana, mempunyai lebih 2.3 juta “like” di halaman Facebook rasmi kelab itu.

Menurut sidang media pada 30 April, Socios dan West Ham United akan melancarkan Official Fan Token berjenama kelab itu melalui Fan Token Offering (FTO) pada awal musim bola sepak 2019/20.

Token itu akan menjadi aset digital yang memberi hak pengundian kepada peminat West Ham United, dan akan digunakan untuk meningkatkan interaksi peminat dengan membolehkan pengguna menyertai pengundian di aplikasi mudah alih Socios. Token juga memberi pengguna akses kepada barangan, ganjaran dan permainan, menurut sidang media itu.

Walaupun token itu akan digunakan di platform Socios, secara teknikal mereka dijalankan di side chain berasingan yang mempunyai kebenaran. Sidechain dikuasakan oleh $chz iaitu matawang kripto Chiliz, token ERC20.

Untuk membeli token jenama West Ham United dan menyertai Fan Token Offering, peminat kelab mesti membeli $chz dahulu melalui aplikasi atau bursa pertukaran untuk mendagangkannya untuk Fan Token mereka.

Sidang media itu memetik survey dari penyedia statistik kripto coinmarket.com, yang mendedahkan bahawa 46% pengguna berkata mereka mungkin akan membeli Fan Token yang berkaitan dengan kumpulan bola sepak terkemuka.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/uk-premier-league-soccer-club-west-ham-to-launch-fan-token-in-partnership-with-socios

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!