Default – Above Header Ads

Kemas Kini Terbaru Pelombong Bitcoin Bitmain Mengaktifkan ‘AsicBoost’

Pengeluar peralatan perlombongan Bitcoin, Bitmain telahmengeluarkan kemas kini perisian untuk peranti AntminerS9nya, menggunakan kod kontroversi untuk membolehkan perlombongan Bitcoin yang lebih efisien.

Bitmain mengumumkan pada hari Isnin bahawa firmware yang dilancarkan akan menyokong fungsi “AsicBoost”, membawa peningkatan kelajuan kepada pelombong. Bitmain baru sahaja membolehkan peranti perlombongan menggunakan AsicBoost, walaupun cip mereka telah mampu menyokong fungsi tersebut dari segi perkakasan.

Khususnya, ini akan memastikan mesin Bitmain tetapberkesan untuk melombong Bitcoin, sambil pada masa yang sama meningkatkan hashrate rangkaian Bitcoin danmengurangkan penggunaan tenaganya.

Syarikat itu menjelaskan bahawa sebelum ini mereka tidakbertujuan untuk melancarkan perisian yang menyokong AsicBoost disebabkan kebimbangan bahawa perisian itu mungkin dilindungi oleh paten. Walau bagaimanapun, peguam undang-undang syarikat telah memutuskan bahawapada masa ini tiada tuntutan paten khusus mengenai perisian tersebut. Bitmain menambah bahawa ia juga bertujuan untukmelancarkan firmware yang menyokong fungsi sama untukperalatan pelombong Antminer R4, S9i, S9j, T9 dan T9 + pada minggu depan.

Sumber:

https://blog.bitmain.com/en/new-firmware-activate-overt-asicboost-bm1387-antminer-models/

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.