Default – Above Header Ads

Kembar Winklevoss: Bitcoin akan Melepasi Modal Pasaran Emas iaitu $7 trilion

 

Nama terbesar dalam Bitcoin menekankan keyakinan mereka selepas harga Bitocin yang naik pada 7 Januari lalu, menjangka ia akan melepasi modal pasaran emas.

Dalam media sosial, usahawan dan penganjur acara Proof of Keys, Trace Mayer menyertai Tyler dan Cameron Winklevoss dalam memikirkan masa depan Bitcoin.

Sejak melancarkan bursa pertukaran kripto berdaftar di Amerika Syarikat, Gemini, kembar Winklevoss telah meletakkan pelaburan yang besar dalam kejayaan Bitcoin, Walaupun mereka membuka perdagangan untuk altcoin yang mempunyai modal pasaran besar.

Bitcoin dalah OG kripto! Ia sangat sukar untuk menjatuhkan kesan network – jadi dari segi wang keras (i.e. penyimpanan nilai), Bitcoin adalah pemenang di jangka masa panjang,” Cameron Winklevoss berkata semasa sesi Reddit Ask Me Anything pada Isnin lalu.

Abangnya juga tidak kurang bersemangat.

“Tesis kami tentang kenaikan Bitcoin kekal tidak berubah,”kata Tyler Winklevoss, membincangkan tentang matawang kripto sejak kemunculan mereka di Reddit pada tahun 2015. Menurutnya lagi, “kami percaya Bitcoin lebih bagus dalam menjadi emas daripada emas. Jika kami betul, modal pasaran Bitcoin akan melepasi modal pasaran emas (7 trilion dolar).”

Mengikut pengiraan itu, mengambil kira had bekalan Bitcoin, satu Bitcoin akan bernilai USD$333,333.

Harga Bitcoin di atas paras USD$4,000 setakat ini gagal mengeluarkan tingkah laku bullish dalam tahun 2019. Berterusan berada dalam lingkungan angka itu, komen banyak menerima kejatuhan seterusnya akan menghalang kenaikan tinggi Bitcoin.

Mayer yang menganjurkan acara Proof of Keys yang bertujuan untuk menggalakkan pengguna mengambil kembali kawalan terhadap simpanan mereka daripada Pihak ketiga minggu lepas, kini menanti pelaburan dari sumber fiat. Ini, dia katakan, adalah suatu lagenda.

Dia menulis dalam Twitter pada hari Isnin,”Pada asasnya tiada kapital yang diperuntukkan kepada (Bitcoin) atau matawang lain.

Penyimpanan harta yang boleh dikembangkan tidak terhingga yang kini kosong, untuk dimasukkan aliran kapital. Sebagai aset yang steril, peningkatan harga (Bitcoin) adalah pemindahan harta dari aset lain. Lubang hitam dalam penyata imbangan dunia.”

Seperti yang dilaporkan Bitcoinist, suku tahun pertama 2019 masih lagi belum melihat kemasukan wang daripada pelabur institusi besar dalam Bitcoin. Akhir bulan ini, ekosistem perdagangan yang diregulasi, Bakkt sepatutnya mula menawarkan Bitcoin futures fizikal, sementara pemain seperti Nasdaq juga mengikuti perlumbaan ini.

Sumber:

Bitcoin Will Pass $7 Trillion Gold Market Cap, Winklevoss Twins Say

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads