Kembar Winklevoss Mengulangi Naratif “Bitcoin adalah Emas 2.0”
Walaupun industri kripto telah berubah secara dramatik dalam masa satu dekad kehidupannya, naratif tentang Bitcoin, bersama-sama dengan nilainya, kekal sama. Namun, terdapat juga sedikit perubahan.
Contohnya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penyokong matawang kripto berbelah bagi antara menganggap aset itu sebagai tempat penyimpanan nilai ataupun medium pertukaran. Oleh kerana kedua-dua hujah mempunyai merit dan bukti, kadang kala tercetusnya perbalahan antara pemberi komen, penyelidik, penganalisa dan pelabur tentang aset itu.
Dalam tweet terbaru Tyler Winklevoss, salah seorang dari kembar Winklevoss dan ketua ekesekutif Gemini, dia menekankan bahawa dia melihat Bitcoin sebagai “emas 2.0”. Dia menyatakan bahawa matawang kripto itu “bersamaan atau mengatasi” emas dari semua segi. Seperti yang dinyatakan dalam temubual sebelum ini, satu-satunya perkara di mana emas mengatasi Bitcoin adalah “3,000 tahun lebih awal”.
Bitcoin is gold 2.0. It matches or beats gold across the board. It’s market cap is ~140bil, gold’s market cap is ~7tril. Do the math!
— Tyler Winklevoss (@tylerwinklevoss) May 16, 2019
Data juga mengesahkan perkara ini. Seperti yang dijelaskan Grayscale Investments, tidak seperti logam, Bitcoin adalah terhad kepada 21 juta unit; Bitcoin adalah desentralisasi dan boleh disahkan melalui Internet; Bitcoin boleh dibawa ke mana-mana dan boleh dibahagikan melalui teknologi digital, dan tidak boleh ditarik balik.
Emas pula mempunyai bekalan yang tidak terhad, risiko pemusatan, dan tidak boleh dibahagikan dan dibawa kemana-mana dengan mudah, dan juga terdapat keraguan tentang keasliannya. Carta di bawah dari Grayscale Investments meringkaskan hujah-hujah dengan baik.
Mungkin kerana itulah Grayscale telah mula menolak untuk pelabur “melepaskan emas”. Seperti yang dilaporkan NewsBTC sebelum ini, firma itu melancarkan kempen iklan meluas yang mengangkat Bitcoin sebagai “emas 2.0”. Grayscale melancarkan iklan selama 45 saat yang menggambarkan dua orang mudah “melepaskan emas” secara fizikal sementara yang lain bergelut dengan komoditi yang berat itu, melarikan diri ke masyarakat yang kononnya diasaskan oleh penggunaan aset digital.
Sumber:
https://www.newsbtc.com/2019/05/20/winklevi-twins-double-down-on-bitcoin-is-gold-2-0-narrative/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!