Default – Above Header Ads

Kementerian Pendidikan Rusia Memperkenalkan Sistem Untuk Menjejak Berlian Melalui Blockchain

 

Kementerian Pendidikan dan Sains Rusia (Minobrnauki) telah memperkenalkan platform blockchain yang boleh menjejak berlian asli, menurut laporan daripada agensi berita kerajaan TASS pada 30 Januari.

Teknologi penjejakan Rusia yang baru itu mendakwa boleh menjamin keaslian produk berlian sepanjang rantaian bekalan, dari pengekstrakan dan penggilapan sehingga ke pemilik terakhir.

Berdasarkan teknologi IT baru dan blockchain, sistem itu bertujuan untuk meghalang peserta dalam pasaran itu daripada kehilangan aset kewangan mereka, memandangkan pasaran Berlian mempunyai kedua-dua berlian asli dan sintetik, TASS melaporkan.

Menurut Minobrnauki, teknologi itu telah dibangunkan oleh startup Rusia, bicarat.com, yang ditubuhkan oleh graduan daripada universiti teknikal Rusia, MISiS dan Universiti Penyelidikan Nasional.

Kementerian Pendidikan dan Sains menerangkan bahawa dalam proses sistem baru itu, setiap berlian akan mendapat kod digital yang akan direkod dalam lejar teragih dan dikongsi bersama perserta dalam rantaian. Sistem itu juga membolehkan pengrekodan dan penjejakan sejarah pemilikan dan juga dilaporkan menjamin keselamatan data.

Minoubrnauki menekankan prinsip asas blockchain adalah membolehkan sistem itu Untuk menjejak semua transaksi, termasuk setiap percubaan untuk mengubah kod itu, yang akan menandakan pemalsuan secara otomatik. Kementerian itu menambah pembangun merancang untuk menarik pelaburan di tahun akan datang.

Pada tahun 2018, firma perlombongan berlian global terbesar, Alrosa menyertai pilot platform berdasarkan blockchain De Beers untuk rantaian bekalan berlian.

Sebelum ini di tahun 2018, penjual barang kemas Hong Kong, Chow Tai Fook Jewellery Group juga memperkenalkan platform untuk menjejak berlian berdasarkan blockchain yang dibangunkan oleh startup blockchain Everledger dan dilindungi oleh IBM Blockchain Platform.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/russias-ministry-of-education-introduces-system-for-tracking-diamonds-via-blockchain

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads