Default – Above Header Ads

Kempen Pelabur Baru Memanggil Untuk Menggantikan Emas Dengan Bitcoin Di Masa Hadapan

Pada 1 Mei 2019, Grayscale Investments, salah satu pengurus aset matawang digital terbesar, melancarkan kempen yang bertujuan untuk mencabar pelabur untuk mempertimbangkan semula kepercayaan tradisional mereka tentang pelaburan emas dan mula menerima Bitcoin sebagai alternatif yang lebih baik. Barry Silbert, pengasas dan CEO Digital Currency Group memberitahu MarketWatch:

Bitcoin mempunyai ciri-ciri fizikal dan utiliti pasaran yang lebih hebat.”

Kempen media sosial Grayscale #DropGold adalah berdasarkan premis bahawa logam emas itu sudah tidak relevan sebagai tempat penyimpanan nilai dalam model ekonomi digital global yang baru.

Khususnya, Grayscale menggambarkan kempennya sebagai:

“#DropGold adalah kempen pengiklanan kami yang tertumpu kepada kemunculan Bitcoin sebagai alternatif kepada melabur dalam emas. Ia bukan sahaja hanya tentang menambah kesedaran tentang Grayscale dan GBTC, tetapi juga tentang kemunculan matawang digital sebagai kelas aset yang baik. Kempen ini bertujuan untuk mengubah ketetapan minda tentang peluang pelaburan moden dan pengagihan portfolio.”

Grayscale berhujah bahawa Bitcoin lebih baik daripada emas. “Ini adalah kerana Bitcoin mempunyai kualiti ‘wang bagus’ yang wujud untuk ekonomi digital global.”

Firma itu menjelaskan beberapa ciri-ciri untuk menekankan kelebihan Bitcoin daripada emas: boleh disahkan, daya tahan, kesenangan untuk dipindahkan, kebolehan untuk dibahagikan, fungibility dan kebolehan untuk dikenali. Dan, scarcity (hanya 21 juta Bitcoin yang akan dikeluarkan, menjelang tahun 2140).

Tambahan lagi, Grayscale membandingkan Bitcoin kepada emas dalam ciri-ciri yang ditunjuk dalam carta yang disediakan Grayscale di bawah.

Hari ini, data sudah menunjukkan Bitcoin mengatasi emas, Nasdaq dan juga S&P 500. Jadi, langkah baru Grayscale mempersoalkan sama ada emas adalah pelaburan yang lebih baik, dan menekankan:

“Emas melambangkan masa lalu – Nixon membuang standard emas dalam tahun 70 an. Inilah masanya untuk menyediakan portfolio pelaburan anda untuk masa hadapan.”

Sumber:

https://bitcoinist.com/grayscale-replace-gold-with-bitcoin/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads