Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kerajaan Abkhazia Memotong Elektrik 15 Pusat Perlombongan Kripto

Kerajaan Republik Abkhazia telah memotong sumber elektrik ladang perlombongan matawang kripto kerana isu berkenaan penggunaan elektrik, menurut pengumuman utiliti elektrik negeri Chernomorenergo RUE di sebuah post Facebook pada 31 Disember 2018.

Merujuk kepada pengumuman tersebut, Chernomorenergo telah memotong elektrik 15 pusat dengan kapasiti sebanyak 8,950 kWh, yang dilaporkan adalah bersamaan dengan penggunaan elektrik oleh 1,800 rumah. Pemotongan tersebut dibuat sebagai salah satu tindakan dalam langkah-langkah untuk menghadkan pengunaan elektrik oleh pengguna tertentu. Chernomorenergo juga mengatakan bahawa berikutan pemotongan itu, kesemua pemilik pusat perlombongan tersebut menunjukkan kefahaman mereka dan memberi kerjasama.

Penguatkuasa di seluruh dunia telah menzahirkan kerisauan berkenaan penggunaan elektrik oleh industri perlombongan matawang kripto. Pada bulan November 2018, Norway telah menarik balik subsidi kepada pusat perlombongan Bitcoin. Wakil Parlimen untuk Socialist Left Party (SV) Lars Haltbrekken berkata bahawa, “Norway tidak boleh berterusan memberi insentif cukai kepada output matawang kripto yang kotor […] [Bitcoin] yang memerlukan elektrik yang banyak dan mengeluarkan gas greenhouse yang sangat besar secara global.”

Di Amerika Syarikat, Chelan County Public Utility District di Washington telah mencadangkan struktur harga tarif elektrik yang baru untuk pelombong matawang kripto supaya mereka membayar kos permintaan elektrik yang meningkat. Daerah itu “akan menujukan struktur tarif yang akan mengambil kira kos dan melindungi pelaburan pengguna yang sedia ada yang melabur dalam sistem itu”.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Oktober 2018, keuntungan pelombong Bitcoin untuk 6 bulan pertama 2018 melepasi tahun 2017, namun pelombong sendiri tidak mendapat untung bersih yang tinggi, menurut laman kripto, Diar. Pada waktu itu, ganjaran dan yuran transaksi untuk pelombong Bitcoin telah mencecah USD$4.7 bilion dalam tiga suku pertama 2018, anggaran dalam USD$1.4 melebihi tahun 2017. Pelombong dilaporkan masih mendapat 54,000 Bitcoin setiap bulan.

Pada bulan Disember 2018, pelombong China dilaporkan menjadi penjual short Bitcoin terbesar di tempatan dan juga antarabangsa, berikutan kenaikan dalam bilangan operasi hedging dalam keadaan pasaran menurun. Keadaan pasaran yang teruk itu menyebabkan pelombong generasi baru mula melindung nilai kripto mereka untuk mengelakkan risiko pasaran.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/government-of-abkhazia-cuts-off-power-to-15-cryptocurrency-mining-facilities

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads