Kerajaan Australia Menjanjikan $100K untuk Pembangunan Blockchain
Kementerian Industri, Sains dan Teknologi Australia bakal meletakkan $100,000 untuk pembangunan blockchain. Dalam sidang media, Karen Andrews daripada kementerian itu berkata jabatannya akan meletakkan dana untuk “kawal selia, pembinaan kemahiran dan kapasiti, dan persaingan dan kolaborasi antarabangsa.”
Ia adalah langkah ke hadapan untuk negara itu dalam persaingan menjadi ketua dalam blockchain. Namun begitu, jumlah dana itu rendah berbanding penawaran sebelum ini seperti AUD$1 bilion untuk pembangunan blockchain IBM untuk kerajaan Australia. Langkah ini membawa kepada persoalan daripada komuniti blockchain tentang apa yang boleh dicapai dengan jumlah kecil itu.
https://twitter.com/karenandrewsmp/status/1107525218078121984
$100,000 adalah jumlah yang kecil, lebih-lebih lagi apabila diletakkan bersebelahan jumlah besar seperti $10.8 bilion yang dijanjikan JP Morgan untuk pembangunan teknologi baru dalam tahun 2019, terutama blockchain. Australia adalah ekonomi ke-14 terbesar dunia dengan GDP nominal sebanyak $1,500,000,000,000. Dan $100,000 hanya cukup untuk membayar gaji tahunan pegawai kerajaan sepenuh masa.
Australia mempunyai sejarah dalam meletakkan teknologi sebagai prioriti terakhir dalam senarainya meskipun ia adalah negara yang kaya dan membangun. Kelajuan internet, contohnya, sentiasa berubah daripada boleh diterima kepada tidak boleh digunakan. Australia kononnya mempunyai sektor perkhidmatan canggih teknologi, tetapi memilih untuk fokus kepada aktiviti lain seperti perlombongan besi dan arang.
Kekurangan pelaburan oleh negara itu dalam infrastruktu kabel fiber optik telah menyebabkan berjuta rakyat Australia bergantung kepada hubungan satelit. Ini menjadikan aktiviti harian seperti video streamng sangat sukar.
Nampaknya idea Australia tentang “mercu tanda” industri blockchain negara itu adalah beberapa syarikat menghadiri acara blockchain terbesar dunia dengan dana kerajaan. Ini kononnya menunjukkan bahawa pentadbiran itu komited kepada perkembangan blockchain dalam negara itu. Hakikatnya, ia hanya menunjukkan bahawa strategi blockchain kerajaan itu tersangkut di antara tidak mencukupi dan usaha yang boleh dijenakakan.
Sumber:
https://www.ccn.com/australia-pledges-100k-blockchain
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!