Default – Above Header Ads

Kerajaan Bandar Tsukaba, Jepun Berjaya Laksanakan Sistem Pengundian Blockchain Untuk Program Pembangunan Sosial

 

Kerajaan bandar Tsukaba, Jepun telah menjadi salah satu bandar yang pertama di Jepun yang menguji system pengundian berasaskan blockchain yang membolehkan penduduk membuat undian untuk menentukan program pembangunan tempatan. Tsukuba, sebuah bandar yang terkenal dengan peranannya dalam pembangunan saintifik sejak tahun 1960-an, menyelesaikan ujian penggunaan blockchain pada 28 Ogos dengan 119 undi berjaya dikumpul.

Teknologi ini digunakan untuk memilih apa yang disebut projek sumbangan sosial dari kumpulan cadangan, yang memfokuskan pada aplikasi teknologi termasuk IoT dan kecerdasan buatan, berdasarkan laman web kerajaan. Laporan itu mengatakan sistem itu menggabungkan mesin pengesahan identiti dengan rangkaian terdesentralisasi. Selepas meletakkan kad ID pada mesin pengesahan identiti, pengundi dapat memilih program pilihan mereka. Data undi itu kemudian disulitkan dan data undi tersebut akan disimpan dalam rangkaian terdesentralisasi.

Laporan itu berkata, jika permohonan itu terbukti berjaya selepas kajian lanjut, kerajaan tempatan mengharapkan untuk memperluaskan perkhidmatan pengundian kepada penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan, pulau terpencil dan juga kegunaan luar negara.

Sumber:

https://www.japantimes.co.jp/news/2018/09/02/national/politics-diplomacy/new-online-voting-system-introduced-city-tsukuba/#.W43eQp-tTIW

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.