Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kerajaan Filipina Menangguhkan Regulasi Kripto

Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC) Filipina tidak bersedia untuk mengeluarkan peraturan ICO. Undang-undang tersebut sepatutnya dikeluarkan di penghujung 2018, menurut media tempatan The Phillipine Star pada 31 Disember.

Dalam laporan itu, penangguhan disebabkan permohonan daripada stakeholder untuk memberi mereka masa yang lebih untuk mendraf peraturan ICO. PSEC dilaporkan sedang mengkaji semula undang-undang sedia ada untuk mengambil kira input daripada stakeholders lain.

Dalam draf garis panduan tersebut, badan penguatkuasa menetapkan bahawa token yang dikeluarkan sewaktu tempoh ICO boleh dikelaskan sebagai sekuriti, “oleh itu, token dan ICO perlu didaftarkan kepada Suruhanjaya dan maklumat penting perlu diberitahu kepada orang awam untuk keselamatan mereka.”

PSEC juga mengatakan dalam draf bahawa penjualan token sekuriti kepada kurang daripada 20 orang dalam setahun, atau penjualan kepada bank, rumah pelaburan, syarikat insurans dan dama pencem akan dikecualikan daripada pendaftaran.

Apabila ditanya mengapa entiti tersebut ingin mengawal ICO dan bukannya melarang seperti di China, Pengerusi PSEC menjawab bahawa teknologi Blockchain mempunyai kelebihannya. Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan April 2018, kerajaan Filipina telah membuat keputusan untuk membenarkan 10 syarikat Blockchain dan kripto beroperasi dalam Zon Ekonomi Cagayan.

Dan di bulan Julai 2018, laman berita utama melaporkan bahawa tiga bursa pertukaran kripto mendapat perlesenan untuk beroperasi di Zon Ekonomi Cagayan.

Sumber:

Bitcoin Exchange CEX.IO

https://cointelegraph.com/news/philippine-securities-regulator-postpones-ico-regulation-release

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads