Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kerajaan Jepun Akan Mempermudahkan Proses Percukaian Kripto

 

Sebuah jawatankuasa pakar cukai di Jepun yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan mengenai hal-hal percukaian telah memohon mempermudahkan proses pemfailan cukai mata wang kripto negara. Menurut para pegawai panel cukai, prosesnya kini rumit dan perubahan diperlukan untuk meningkatkan ketepatan dan kepatuhan. Jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat awal minggu ini di mana cadangan untuk menukar sistem pemfailan cukai mata wang kripto semasa dibincangkan.

Sebahagian daripada masalah itu menurut jawatankuasa terletak pada fakta bahawa pengiraan keuntungan mata wang kripto untuk tujuan percukaian adalah urusan yang rumit dan ini tidak menggalakkan sesetengah pemilik aset digital mengisytiharkan pegangan kripto mereka ketika memfailkan pulangan cukai. Menurut panel cukai, asset kripto di negara Asia dikenakan cukai bukan sahaja pada keuntungan yang dibuat tetapi juga keuntungan yang berlaku apabila satu aset digital ditukar. Panel telah menunjukkan bahawa ia akan mengadakan mesyuarat di mana ia akan mencari pandangan dan pendapat daripada pelbagai pihak berkepentingan mengenai masalah itu.

Pelabur mata wang kripto di Jepun menghadapi kadar cukai kripto antara 15% hingga 55% dan ini diklasifikasikan di bawah pendapatan. Pandangan oleh panel cukai yang mempermudahkan proses pemfailan cukai kripto akan meningkatkan pematuhan kerana telah dinyatakan sebelum ini bahawa sejumlah besar pelabur kripto di Jepun mengelakkan cukai.

Sumber:

https://www.sankei.com/economy/news/181017/ecn1810170021-n1.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.