Default – Above Header Ads

Kerajaan Korea Selatan mengumumkan Kumpulan Kajian Kedua untuk Peraturan Blockchain

Kementerian Sains dan ICT Korea Selatan akan menjalankan kajian seterusnya ke atas kawal selia blockchain, menurut media Yonhap News pada 21 Mei.

Kajian itu dipanggil “Blockchain Regulation Improvement Study Group” dan adalah sebahagian daripada inisiatif yang dijalankan oleh bahagian sains dan teknologi kerajaan untuk mengkaji bagaimana peraturan kripto boleh ditambah baik supaya teknologi blockchain boleh mencapai penggunaan institusi meluas.

Blockchain Regulation Improvement Study Group dilancarkan pada bulan Jun tahun lalu, dan pada awalnya fokus kepada menambah baik peraturan berkaitan teknologi blockchain seperti privasi, smart contract, dokumen elektronik dan tandatangan digital, dan aplikasi sistem pengkomputeran yang teragih.

Kajian tahun ini akan fokus kepada lima bidang institusi di mana teknologi blockchain boleh mencapai penggunaan meluas: logistik dan peredaran, perkhidmatan awam, penjagaan kesihatan, kewangan dan tenaga.

Seoul, Ibu negara Korea Selatan, dilaporkan akan menambah teknologi blockchain kepada kad rakyatnya. Teknologi ini dikatakan akan membolehkan pemegang kad untuk mengesahkan identiti mereka dan akses perkhidmatan pentadbiran dengan mudah.

Datuk Bandar Seoul Park Won-soon berkata bahawa Seoul telahpun implementasi perkhidmatan pentadbiran berdasarkan blockchain yang lain, seperti mobile e-voting. Tambahan lagi, kerajaan Seoul berkata ia telah meletakkan lebih $1 bilion untuk membiayai startup blockchain dan fintech untuk 3 tahun akan datang.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kerajaan negara seluruh dunia sedang merancang atau sudah implementasi strategi blockchain untuk pembangunan ekonomi, termasuk New Zealand, Jerman, Australia dan UAE.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/south-korean-govt-announces-second-study-group-for-blockchain-regulations

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads