Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kerajaan Negeri India Akan Keluarkan Sijil Kelahiran di Blockchain

 

Dua kerajaan tempatan di Bengal Barat, India mengintegrasikan permohonan untuk sijil kelahiran pada sistem blockchain yang dibangunkan oleh Lynked.world, sebuah syarikat aplikasi blockchain yang berpusat di Belanda. Perbadanan Perbandaran Bankura dan Perbadanan Perbandaran Durgapur akan menggunakan teknologi blockchain untuk mengendalikan operasi pentadbiran seperti permintaan memproses dan mengesahkan identiti undang-undang lebih kemas dan teratur.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Lynked World, Arun Kumar memetik keperluan untuk membaik pulih sistem “rumit” yang sedang digunakan untuk proses ini, mengatakan agensi kerajaan memerlukan warga mereka berdiri di hadapan ejen dengan ID mereka untuk mengakses perkhidmatan asas. Kumar memberitahu bahawa platform ini sedia untuk dilancarkan dan kedua-dua majlis perbandaran Bengal Barat akan dapat mengeluarkan sijil kelahiran dan dokumen undang-undang lain dan sijil lain pada awal bulan September 2018, dengan 1 juta sijil kelahiran dijangka diletak di blokchain menjelang akhir tahun.

Token LYNK akan menjadi token asli dari platform ini dan membolehkan rakyat membuat aplikasi. Syarikat ini fokus dalam pengesahan ID melalui aplikasinya yang termasuk dompet digital untuk menyimpan maklumat peribadi yang terkandung dalam dokumen seperti pasport, rekod perubatan, ijazah akademik, dan lesen pemandu yang boleh disahkan dengan teknologi blockchain.

Sumber:

https://economictimes.indiatimes.com/markets/stocks/news/new-rbi-unit-to-track-blockchain-and-ai/articleshow/65557685.cms

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.