Default – Above Header Ads

Kerajaan Taiwan Rancang Melancarkan Peraturan Anti Pencegahan Pengubahan Wang Haram Untuk Kripto Pada Bulan November

Menteri Kehakiman Taiwan, Chiu Tai-san, berkata negara itu akan melancarkan peraturan baharu untuk mata wang maya pada akhir tahun ini, Taiwan Central News Agency melaporkan pada 20 April.

Hari ini, pada satu sidang yang didedikasikan untuk pencegahan pengubahan wang haram (AML) dalam industri kewangan yang diadakan oleh Gabungan Perkhidmatan Kewangan Taiwan, Chiu Tai-san berkata negara itu akan membangun dan melancarkan peraturan baru mengenai Bitcoin dan mata wang kripto lain. Peraturan-peraturan ini bertujuan untuk mencegah mata wang kripto daripada menjadi instrumen untuk penggubahan wang haram dan dilaporkan akan berkuatkuasa pada bulan November.

Suruhanjaya Penyeliaan Kewangan (FSC), dengan perundingan Kementerian Dalam Negeri, Bank Pusat, dan Biro Siasatan, akan menentukan mekanisme kawalan, undang-undang dan peraturan yang berkaitan untuk mata wang kripto. Sebagai sebahagian daripada program AML, FSC dilaporkan telah meminta bank untuk menyenaraikan akaun platform dagangan Bitcoin sebagai “akaun berisiko tinggi.” Pada tahun 2017 institusi kewangan diminta untuk memberi amaran kepada pelanggan mengenai risiko pelaburan dan tidak menerima Bitcoin.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/taiwanese-govt-plans-to-release-anti-money-laundering-regulations-for-crypto-in-november

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.