Default – Above Header Ads

Kereta Lumba Virtual dalam Permainan Blockchain Dijual pada Harga Lebih $110,000

Seorang pengguna yang tidak diketahui membeli kereta lumba virtual untuk permainan berdasarkan blockchain F1 Delta Game Time yang bakal dilancarkan pada harga 415.9 ETH atau $110,600 pada waktu penjualan , menurut maklumat dalam laman web permainan.

Kereta lumba virtual itu – “1-1-1” – adalah model pertama yang akan dikeluarkan dan juga unik, dengan halaman lelongan berjanji tidak akan mengeluarkan lagi. Syarikat di sebalik permainan itu, Animoca Brands, menjalankan lelongan untuk model edisi terhad itu dalam Ether untuk empat hari, sebelum menjual koleksi kripto kepada pengguna “09E282” selepas menerima 31 bidaan.

Di Penghujung bulan Mac, Animoca Brands berkerjasama dengan Formula 1 untuk mengeluarkan permainan itu, di mana pemain mengumpul kereta F1 virtual dan berlumba dengan pemain lain. Menurut laman web rasmi permainan itu, terdapat kelebihan persaingan dalam permainan jika pemain memiliki model kereta:

“Permainan akan fokus berkenaan koleksi dan perdagangan kereta, pemandu dan komponen unik – semua yang akan wujud sebagai non-fungible tokens (NFT) berdasarkan standard token ERC-721. […] Token dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad yang ditentukan oleh tahap keunikan mereka, dengan token paling unik mempunyai ciri-ciri perlumbaan paling hebat.”

Koleksi kripto adalah inovasi terbaru, di mana syarikat menggunakan teknologi blockchain untuk menjejaji dan mengesahkan koleksi virtual.

Menghampiri penghujung 2017, permainan berdasarkan Ethereum yang popular, CryptoKitties telah menjual koleksi untuk lebih $12 juta, dengan item paling mahal berharga lebih $120,000.

Sama dengan bagaimana Bitcoin beroperasi, jumlah bekalan Cryptokitties adalah tetap, bermakna jumlah terhad itu membantu menaikkan dan mengekalkan nilai mereka; namun, tidak seperti Bitcoin, kitties adalah contoh NFT, iaitu aset yang tidak homogenous dan tidak boleh dibahagikan.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/virtual-racing-car-in-blockchain-game-sells-for-over-110-000

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.