Default – Above Header Ads

Kerjasama Baru Binance akan Menambah Baik Keselamatan, KYC dan AML

 

Kerjasama baru yang diumumkan baru-baru ini akan membantu Binance meneruskan perkembangannya dalam keselamatan dan juga bahagian KYC dan AML.

Dalam terbitan blog pada 26 Mac, bursa pertukaran itu mendedahkan kerjasama dengan syarikat RegTech, IdentityMind. Menurut laman web rasminya, firma “Penyelesaian Pematuhan RegTech” menggunakan “penyelesaian Identity Fraud Prevention, KYC dan AML yang dikuasakan DNA Elektronik™” untuk menentang aktiviti jenayah,

Untuk operasi seluruh dunia ini, Binance ingin kerjasama ini meningkatkan norma industri berkaitan keselamatan dan pematuhan data, seperti yang dinyatakan dalam terbitan blognya.

Ketua Pegawai Pematuhan (CCO) bursa pertukaran itu, Samuel Lim berkata:

“Kerjasama antara Binance dan IdentityMind akan terus menguatkan kebolehan pematuhan kami dan komitmen kami untuk melabur semula ke dalam ekosistem blockchain dan mengembangkannya […] Kami berterusan memperbaiki sistem keselamatan pada masa sama mematuhi mandat peraturan dalam negara tempat kami beroperasi. Matlamatnya adalah untuk menambah kepercayaan dalam kalangan institusi kewangan seluruh dunia.”

Presiden dan CEO IdentityMind Garrett Gafke mengiktiraf dalam terbitan itu bahawa pematuhan untuk Binance agak sukar kerana jumlah perdagangannya yang tinggi, dan juga kerana roadmap untuk perkembangannya. “Platform risiko dan pematuhan kami yang dikuasakan oleh enjin identiti digital yang dipaten berkebolehan untuk merangkumi skala permintaan operasi global Binance pada masa sama memberi sistem yang sangat tepat untuk menilai apa sahaja faktor risiko global dari entiti luar untuk transaksi,” tambahnya.

Sumber:

https://cryptoinsider.com/binance-eyes-enhanced-security-kyc-and-aml-in-new-partnership/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.