Default – Above Header Ads

Kerjasama Baru Bolehkan Pembayaran Bil Automatik Menggunakan Kripto Di Australia

 

Pembentukan perkongsian antara dua firma teknologi kewangan Australia, bursa kripto Cointree dan platform pembayaran bil, Gobbill akan membolehkan pembayaran bil menggunakan mata wang kripto. Dalam kerjasama ini, Gobbill akan melaksanakan fungsi perantara di bawah perjanjian yang mengambil dana pengguna dan membayar bil bagi pihak mereka. Perjanjian itu akan membolehkan pengguna kedua-dua platform membayar bil mereka menggunakan aset digital yang disimpan dalam dompet Cointree. Pada masa ini, Cointree menyokong 40 mata wang kripto, termasuklah Bitcoin, Ether dan Litecoin.

Di samping itu, pengguna platform Gobbill akan dapat menghubungkan dompet mata wang kripto mereka ke akaun mereka dan membolehkan bil mereka dibayar menggunakan mata wang kripto tertentu. Perkhidmatan ini memfokuskan perniagaan kecil dan isi rumah.

Menurut pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Gobbill, Shendon Ewans, inisiatif ini bertujuan untuk memenuhi permintaan yang sedia ada dan  pertumbuhan yang dijangkakan masa hadapan. Sebelum kerjasama ini, Cointree, yang mempunyai kira-kira 100 juta transaksi sejak ditubuhkan lima tahun lalu, sudah mempunyai perkhidmatan yang membolehkan pengguna membayar bil menggunakan mata wang kripto.

Sumber:

https://gobbill.com/cointree/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.