Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kerjasama Kerajaan Korea Selatan Bermula Untuk Melatih Lebih 40 Peserta Untuk Melahirkan Profesional Blockchain

 

Korea Selatan telah memulakan kursus latihan selama enam bulan untuk melatih empat puluh dua pesertanya menjadi “pakar blockchain”. Bertujuan untuk meningkatkan kesediaan profesional blockchain dalam ekonomi Korea Selatan yang semakin berkembang, kursus itu adalah hasilnya daripada perkongsian tiga hala antara Kementerian Teknologi dan ICT, Persatuan Piawaian Korea (KSA) dan syarikat permulaan blockchain, Waltonchain.

Kursus ini akan memberi tumpuan kepada penyediaan peserta dengan pekerjaan yang sudah tersedia. “Kami akan menyediakan sokongan sehenti untuk pekerja, perniagaan serta pendidikan untuk latihan profesional pekerja, dan kami akan membina ekosistem blockchain yang sihat,” menurut Wang Sang Hyeong, setiausaha agung Waltonchain.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada program pelaburan gergasi dari kerajaan Korea Selatan yang melangkaui tahun 2023. Seperti yang dilaporkan, pelaburan dalam blokchain dan teknologi inovatif yang berkaitan seperti kecerdasan buatan (AI) bakal melepasi $ 4.4 bilion pada tahun hadapan.

Sumber:

http://www.kinews.net/news/articleView.html?idxno=202506

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.