Default – Above Header Ads

Kerjasama MoneyGram Akan Membawa ‘Impak Besar’ Kepada xRapid, Menurut Brad Garlinghouse

CEO Ripple Brad Garlinghouse berkata kerjasama baru syarikat itu dengan gergasi pemindahan wang MoneyGram adalah Langkah besar ke hadapan untuk industri baru blockchain dan kripto. MoneyGram akan menggunakan produk pembayaran merentasi sempadan Ripple xRapid untuk menyelesaikan pembayaran merentasi sempadan menggunakan aset digital XRP, menurut sidang media.

Ripple mengumumkan kerjasama strategik dengan MoneyGram itu pada 17 Jun.

Garlinghouse memberitahu Bloomberg TV kerjasama itu akan membantu Ripple membuat impak besar dalam industri pembayaran merentasi sempadan.

“Urusan ini adalah langkah besar untuk Ripple, tetapi saya rasa ianya adalah langkah yang lebih besar untuk keseluruhan industri. Terdapat banyak keterujaan tentang makna blockchain dan aset digital dan kripto kepada industri dan saya rasa ia adalah sebab mengapa pemain seperti Facebook juga terlibat sama. Tetapi kita belum melihat apa-apa melangkaui eksperimen.

Dan di Ripple, saya rasa kami adalah ketua pasaran kerana kami telah matang secara agresif dan kami menyelesaikan masalah dunia sebenar untuk pelanggan dunia sebenar. MoneyGram adalah manifestasi itu. Dan sebagai syarikat pengiriman wang global kedua terbesar, kami akan boleh membawa impak besar kepada satu pelanggan dan satu rakan kongsi dalam urusan ini.”

MoneyGram memiliki sebanyak 5% daripada pasaran pengiriman wang global, menurut laporan tahun 2017 dari Financial Times.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Ripple akan membeli sehinggan 10% saham dalam MoneyGram pada harga $4.10 setiap saham. Setakat ini, pelaburan Ripple adalah $30 juta, dan MoneyGram boleh memutuskan untuk membawa angka itu kepada $50 juta.

Menurut Garlinghouse, syarikat itu fokus kepada mengembangkan xRapid dan jumlah saluran pembayaran di dalam platform itu. Sejak pelancaran pada bulan Oktober tahun lalu, Ripple telah membuka satu saluran xRapid antara Mexico dan Filipina.

“…dengan produk baru untuk kecairan ini, kami kini membolehkan kecairan ke dalam Mexican peso dan Phillipine peso. Kami menjangkakan untuk menjadi lebih luas dari itu, tetapi kami baru sahaja live dengan produk ini selama enam atau tujuh bulan. Jadi kami rasa kami telah membuat progres yang banyak dalam jangka masa yang pendek. Kami akan berterusan melabur dengan pelanggan kami hari ini dan juga mengembangkan jumlah saluran yang kami ada secara global.”

Sumber: 

https://dailyhodl.com/2019/06/17/brad-garlinghouse-says-new-moneygram-partnership-will-have-big-impact-on-xrp-powered-xrapid/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads