Default – Above Header Ads

Kerjasama PBB Akan Melancarkan Sistem Teleperubatan Berasaskan Blockchain Di Afrika Timur

 

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) dilaporkan akan bekerjasama dengan syarikat teleperubatan berasaskan blokchain, doc.com untuk mengembangkan perkhidmatan penjagaan kesihatan asas percuma di seluruh Afrika Timur. Dalam surat rasmi daripada Amado Philip de Andres, Wakil Serantau untuk Pejabat UNODC Afrika Timur (ROEA), de Andres menulis bahawa organisasi itu “bersedia untuk bekerjasama dalam perkongsian baru ini.”

Doc.com adalah firma teknologi yang menawarkan platform teleperubatan dan platform telepsikologi berdasarkan blockchain, yang membolehkan pengguna untuk mentokenkan data peribadi mereka dan menjualnya sebagai ganjaran untuk akses kepada perkhidmatan. Melalui perkongsian PBB ini, syarikat itu kini dilaporkan merancang melancarkan kedua-dua platformnya ke pasaran Afrika pada suku kedua 2019.

Sehingga kini, syarikat itu dilaporkan telah beroperasi di 20 negara, yang baru-baru ini membuka pejabat di Amerika Syarikat. Data dan ekosistem perkhidmatan penjagaan kesihatannya menggunakan token ERC20 yang digelar “MTC,” yang kini didagangkan di beberapa pertukaran kripto, seperti Coinbene dan Kucoin yang berpangkalan di Singapura. Menurut statistik di laman web syarikat, lebih dari 130,000 pengguna kini menggunakan perkhidmatan teleperubatan tersebut dan hampir 70,000 orang telah menggunakan platform telepsikologinya “Emotions”.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/un-partnership-to-roll-out-blockchain-based-telemedicine-telepsychology-in-east-africa

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads