Kesilapan Rookie Membuka Temberang Aktiviti Penyeludupan Dadah Dark Web Menggunakan Bitcoin
Anonymity yang dijanjikan oleh Bitcoin dan dark web muungkin telah membantu penjenayah menyembunyikan diri dari agensi penguatkuasaan undang-undang sehingga kini, tetapi ia tidak menjadikan mereka kebal – terutama apabila penjenayah sendiri terdedah kepada risiko kesilapan rookie.
Penyeludup dadah Tzu Yang “Isaac” Lin dan Meng Ting “Leo” Hu telah mempelajari perkara itu selepas ditangkap oleh agen persekutuan AS kerana didakwa menjual Adderall palsu online.
Kedua-dua mereka terpaksa berpisah dengan habuan Bitcoin mereka – didakwa bernilai berjuta dollar – berikutan penangkapan itu, dan kini berdepan dengan perbicaraan di District Court for the Central District of California.
Menurut pemfailan mahkamah, Lin dan Hu, kedua-dua penduduk di Southern California, telah terlibat dalam perdagangan dadah sejak tahun 2017 lagi. Lin sahaja dipercayai telah membuat 28,000 jualan individu bernilai lebih kurang $8.8 juta sepanjang tempoh itu.
Penyiasatan selanjutnya telah menjumpai bahawa perubatan ADHD preskripsi yang dijual itu adalah palsu dan hanya mengandungi methamphetamine, dan bukannya kandungan beberapa amphetamine dalam ubatan Adderall tulen.
Tertuduh cuba untuk mengambil kesempatan terhadap ciri anonymity yang ditawarkan oleh dark web dan menjual produk mereka di Dream Market yang sudah ditutup. Mereka hanya menerima Bitcoin untuk memastikan transaksi kewangan tidak boleh dijejak kepada mereka.
Namun begitu, semua langkah berjaga-jaga ini gagal menyelamatkan mereka apabila Hu membuat kesilapan kritikal.
Menurut dokumen mahkamah, Hu, seorang warganegara Taiwan, membekal pil palsu itu menggunakan US Postal Service sementara Lin, warganegara AS yang lahir di China, bertanggungjawab menjualnya kepada pelanggan.
Hu dijumpai membeli semua setem dan keperluan pos untuk mengirim produk haram mereka dari Endicia, subsidiari stamps.com. Ini adalah kesilapan kritikal yang akhirnya mengakibatkan penangkapan kedua-duanya.
Agen persekutuan AS sudahpun memantau pengiriman yang mengandungi Adderall palsu itu. Sepanjang enam bulan lalu, mereka meletakkan tiga pesanan dengan Lin dan Hu (yang ketika itu masih tidak diketahui identiti mereka) dengan harapan untuk mendapatkan bukti yang lebih kukuh.
Penyiasat akhirnya menemui bahawa setem di pakej tersebut dibeli online. Kerana Hu membuat pembelian menggunakan nama dan juga alamat sebenarnya, ia hanya menunggu masa sahaja untuk dia menjadi POI dalam penyiasatan yang berlangsung itu.
Hu, di bawah pemantauan kini, dilihat “memindahkan kotak” ke garaj Lin beberapa kali. Agen persekutuan mula mengikuti Lin beberapa hari seterusnya dan akhirnya menyaksikan dia mendeposit sampul surat 87 Priority Mail ke dalam peti surat.
Hari keesokannya, pegawai penguatkuasa undang-undang menjalankan serbuan serentak ke atas kedua-dua rumah Lin dan Hu, di mana mereka menjumpai bukti yang cukup kukuh untuk menahan mereka.
Saga ini membuktikan sekali lagi bahawa membeli atau menjual barangan haram di dark web akhirnya akan menyebabkan penangkapan tidak kira bagaimana mereka cuba menyembunyikan diri menggunakan matawang kripto. Seperti pernah dikatakan sebelum ini, ia adalah satu misconception bahawa Bitcoina dalah anonymous walaupun sebenarnya tidak.
Sumber:
https://beincrypto.com/rookie-postage-mistake-blows-cover-of-bitcoin-dark-web-drug-ring/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!