Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ketiadaan ETN Menghalang Kemasukan Wall St, Menurut Penganalisa CBOE

 

CEO, presiden dan pengerusi di Chicago Board Options Exchange (CBOE), Ed Tilly telah mengisytiharkan keperluan exchange-traded notes (ETN) Bitcoin untuk pelabur insititusi dari Wall Street masuk ke dunia kripto. Akhbar kewangan Business Insider melaporkan komen Tilly pada 18 Januari.

Menurut artikel itu, Tilly mengisytiharkan bahawa “perkembangan Bitcoin dalam pasaran yang disenaraikan masih lagi perlahan kerana ketiadaan produk perdagangan yang disasarkan utnuk pelabur biasa.” Menurutnya, Bitcoin futures tidak menampakkan perkembangan yang siginifikan kerana tiadanya nota atau penjejak yang dihubungkan kepada Bitcoin yang boleh didagangkan oleh pelanggan biasa.

Artikel itu menerangkan lagi bahawa futures dan exchange-traded notes adalah penting untuk menawaran titik akses kepada pelabur Wall Street.

Menurut artikel itu, Tilly menerangkan bahawa ETN lebih mudah diakses oleh pelabur biasa berbanding futures kerana halangan yang kecil untuk masuk. Tilly menambah:

“Kelebilhan daripada penawaran futures di situ adalah terdapat juga ETN yang lebih memikat hati peruncit, dan juga institusi yang boleh membuang dalam pasaran futures. […]Jika tiada perkara itu, saya fikir kita akan kekal di sini, tetapi itu bukan ceritanya.

Menurut Tilly, sebab besar penguatkuasa tidak meluluskan produk exchange-traded Bitcoin, seperti permohonan yang masih dalam proses, adalah kerana ia tidak boleh melindungi pelabur dari manipulasi dalam sebuah pasaran yang tidak boleh dikawal. “Kamu jawab soalan itu, dan kamu akan dapat ETN pertama kamu.”simpul TIlly.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraoh baru-baru ini, usahawan kripto dan penyumbang kepada CNBC Brian Kelly dakwa tiada peluang untuk kelulusan Bitcoin ETF di 2019.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/lack-of-etns-keeps-wall-street-away-from-bitcoin-says-cboe-analyst-ed-tilly

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.