Default – Above Header Ads

Ketua IMF Seru Kepada Penerokaan Mata Wang Digital

 

Christine Lagarde, pengarah urusan dan ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), telah menggalakkan “penerokaan” mata wang digital bank pusat (CBDC) berikutan penurunan permintaan terhadap wang tunai dan peningkatan pilihan untuk wang digital. Dalam satu ucapan untuk Festival Fintech Singapura pada hari Rabu, Lagarde berkata: “Saya percaya kita harus mempertimbangkan kemungkinan untuk mengeluarkan mata wang digital. Negara berperanan dalam membekalkan wang kepada ekonomi digital.”

Pelbagai bank pusat seluruh dunia “serius” dalam penerbitan mata wang digital, termasuk Kanada, China, Sweden dan Uruguay, katanya. “Mereka merangkul pemikiran baru – seperti IMF.” Lagarde menyatakan bahawa mata wang kripto utama seperti Bitcoin, Ethereum dan XRP, juga “bersaing di dunia tanpa tunai, sentiasa mencipta semula diri mereka dengan harapan dapat menawarkan penyelesaian yang lebih cepat dan murah.” Organisasi itu berkata bahawa mata wang kripto menerima skor rendah dalam kelajuan penyelesaian kerana” batasan teknologi semasa”.

Walaupun dunia nampaknya bergerak ke arah matawang digital, ia bukannya tanpa risiko. Lagarde berkata bahawa mata wang digital menawarkan “tawaran positif” dari segi kemasukan kewangan dan juga menyediakan privasi dalam pembayaran, tetapi pada masa yang sama ia juga boleh menimbulkan risiko kepada integriti dan kestabilan kewangan.

Sumber:

https://www.imf.org/en/News/Articles/2018/11/13/sp111418-winds-of-change-the-case-for-new-digital-currency

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.