Default – Above Header Ads

Ketua Pegawai Eksekutif ING: Bank Akan Putuskan Hubungan Dengan Facebook Jika Libra Dilancarkan

Bank mungkin akan memutuskan hubungan dengan Facebook jika firma itu melancarkan stablecoin Libra, menurut Ketua Pegawai Eksekutif ING, Ralph Hamers. Dia menjelaskan bahawa institusi seperti ING perlu menjaga sistem kewangan untuk menghalang aktiviti jenayah daripada berlaku. Oleh kerana itu, kebimbangan terhadap potensi Libra untuk kegunaan haram dapat mengakibatkan persepsi negatif dari bank: “Kami dapat mengambil tindakan dan mengeluarkan pelanggan kami, atau tidak menerima pelanggan kami, jadi ini adalah perbincangan yang harus anda fokuskan.”

Kebimbangan pengubahan wang haram didorong oleh ketakutan bahawa Libra dapat membenarkan penjenayah menggerakkan dana di seluruh sempadan negara dengan pantas tanpa pengawasan. Namun, Facebook berjanji tidak akan melancarkan Libra itu sehingga Facebook dapat meredakan kebimbangan pengawal selia itu. Hamers menjelaskan bahawa bank-bank seperti beliau mempunyai pendekatan yang agak berisiko: “Kami adalah sebuah institusi besar yang dikawal selia yang anda tidak mahu mengambil apa-apa risiko. […] Kami telah berkata kami akan terus melihat bagaimana perkembangan Libra ini akan berlaku. “

Bank-bank lain juga kurang terbuka kepada idea Libra. Contohnya, Ketua Pegawai Eksekutif JPMorgan Chase, Jamie Dimon berkata minggu lalu bahawa cadangan Facebook Libra stablecoin adalah “idea yang bijak, yang tidak akan berlaku.” Hamers, sebaliknya, berpendapat bahawa dia berpendapat Libra adalah satu inisiatif untuk belajar suatu benda baharu, bukan suatu perkara yang harus dilarang.

Rujukan:

https://www.ft.com/content/df2eb1b2-f3d1-11e9-a79c-bc9acae3b654

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.