Default – Above Header Ads

Ketua Pengawal Selia EU: Kripto Akan Terus Wujud, Pasarannya Berkembang Walaupun Ketidakstabilan Pasaran

 

Berikutan mesyuarat Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan EU (ECOFIN) di Vienna, Austria pada 7 September, Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Vladis Dombrovskis telah menyatakan bahawa kedudukan Majlis pada mata wang kripto adalah bahawa ia akan terus wujud walaupun sedang mengalami pergolakkan pasaran.

Dalam ucapan pembukaannya, Dombrovskis mengatakan bahawa Majlis berpandangan positif terhadap mata wang kripto dan ICOs, melihat pertumbuhan mereka dalam menghadapi pergolakan pasaran sebagai bukti daya maju mereka. Dombrovskis, yang mengawasi Kestabilan Kewangan, Perkhidmatan Kewangan dan Pasaran Modal Kesatuan di EU telah menjadi penyokong yang lantang untuk membangunkan rangka kerja pengawalseliaan bersepadu antara benua untuk aset kripto.

Dombrovskis sekali lagi mengulangi kebimbangannya tentang mata wang kripto, menyatakan bahawa terdapat risiko untuk perlindungan pelaburan dan keselamatan pasaran, tetapi juga risiko pengubahan wang haram, penipuan dan penggodaman yang berpotensi. Ini katanya, adalah satu sebab bagi EU untuk terus memantau perkembangan dalam ruang kripto dengan kerjasama Lembaga Kestabilan Kewangan dan G20.

Sumber:

http://europa.eu/rapid/press-release_SPEECH-18-5716_en.htm

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.