Default – Above Header Ads

Ketua Pengurus Monero: Bitcoin akan Menjadi Matawang Simpanan Global

 

Riccardo Spagni, ketua pengurus Monero (XMR), matawang kripto privasi popular, mengatakan bahawa orang yang berhujah bahawa Bitcoin adalah satu-satunya aset kripto yang akan bertahan dalam jangka masa panjang gagal sedar bahawa ini berlawanan dengan “sifat manusia”.

Spagni, pengasas bersama projek Tari, berkata bahawa ianya adalah sebahagian sifat manusia untuk tidak “bersetuju dengan apa sahaja” dan berkata dia berpendapat bahawa “peluang untuk satu dunia bersetuju menggunakan Bitcoin sahaja adalah kurang dari kosong. Saya tidak melihat masa depan di mana Bitcoin adalah satu-satunya matawnag digital yang digunakan sesiapa sahaja.”

Spagni, yang komennya datang ketika penyiaran “Monero Talk,” mendedahkan bahawa dia membayangkan dunia di mana Bitcoin akan menjadi matawang simpanan global akhirnya. Dia menambah bahawa matawang kripto paling dominan di dunia itu mempunyai ciri privasi yang cukup, dan protokol Lightning Network (LN) akan membolehkan Bitcoin untuk diskala secara efektif.

Namun begitu, Spagni percaya bahawa XMR akan wujud bersama-sama dengan matawang kripto terbesar itu di masa hadapan. Dia berkata mereka yang mencari tahap privasi yang lebih Baik akan memilih XMR untuk transaksi tertentu.

Spagni juga berkata:

“Di mana korporat multinational ingin memindahkan wang tanpa memberi petanda kepada pesaing mereka bahawa mereka memindahkan wang anda tahu di mana orang di negara Amerika Selatan yang dalam risiko untuk diculik dan diperas ugut untuk wang mereka juga akan boleh menerima gaji ini.”

Default – Inside Post Ads

Spagni juga percaya pembangunan Bitcoin telah berkembang sehingga ia akan dianggap “matawang simpanan di masa depan.”

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/04/monero-s-lead-maintainer-bitcoin-will-eventually-become-global-world-currency/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.