KFC Melancarkan Projek Perintis Blockchain untuk Iklan Digital dan Pembelian Media
Kentucky Fried Chicken telah melancarkan program perintis blockchain di Timur Tengah yang bertujuan untuk meningkatkan iklan digital dan pembelian media. KFC Timur Tengah mengharapkan platform yang dikuasakan blockchain dapat memastikan ketelusan yang lebih besar dalam rantaian bekalan iklan, menurujt penerbitan berita yang dilaporkan oleh AMEinfo pada 29 April. Dengan menggunakan platform ini, syarikat itu juga berusaha menangani masalah seperti keselamatan dan privasi pengiklan, penerbit dan pengguna.
Projek perintis tersebut bertujuan untuk menunjukkan bagaimana blockchain dapat membantu meningkatkan pemprosesan data, meningkatkan keterlihatan dan penembusan jenama, dan mengoptimumkan pendapatan iklan. Selain itu, KFC berharap dapat menyelesaikan masalah penipuan dengan menggunakan pangkalan data berasaskan blockchain bersama, di mana maklumat mengenai semua penyampaian dan penempatan iklan dapat dilihat, dikongsi dan dikemas kini secara masa nyata.
Ozge Zoralioglu, ketua pegawai pemasaran di KFC, Yum! Brands, berkata: “KFC kini dapat memanfaatkan peningkatan keterlihatan data masa nyata dan pandangan yang paling terkini – semuanya dengan penuh keyakinan bahawa maklumat disahkan, tidak dapat diubah dan oleh itu boleh dipercayai.”
KFC sebelum ini telah bereksperimen dengan teknologi baru seperti matawang kripto. Pada tahun 2018, KFC Canada memperkenalkan item menu baru, Bitcoin Bucket, yang dapat dibeli oleh pelanggan secara eksklusif dengan Bitcoin (BTC).
Rujukan:
https://www.ameinfo.com/industry/Crypto/kfc-middle-east-launches-blockchain-pilot-program
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!