Default – Above Header Ads

Khalid Samad Tidak Menyokong Aktiviti Pelaburan Dinar Dirham

Halaman Facebook Harapan Coin yang dimiliki oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Abdul Samad menegaskan bahawa beliau tiada kene mengena dengan pelaburan Dinar Dirham, pada 14 Januari.

Menurut jurucakap Harapan Coin, memandangkan mereka telah menerima beberapa pertanyaan daripada orang ramai tentang hubungan antara YB Khalid Samad dan Pengasas bersama DDKoin, token kripto Dinar Dirham, mereka telah cuba mendapatkan pengesahan dari YB Khalid Samad sendiri, dan ini adalah maklum balas daripada beliau:

Pihak kami telah mendapat banyak tag bertanyakan tentang isu ini. Jadi pihak kami telah terus bertanya kepada YB Khalid…

Posted by Harapan Coin on Monday, January 14, 2019

Menurut YB Khalid Samad, beliau dijemput oleh Srikandi Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), untuk merasmikan Program Amal Penyerahan Bantuan Sumbangan Persekolahan Fasa Ke Lima yang diadakan di Hotel JW Marriott di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 12 Januari.

Antara penganjur bersama acara itu termasuk Blockchains.my yang membayar lokasi acara tersebut. Disebabkan itu YB Khalid Samad telah memasukkan pengiktirafan terhadap pihak Blockchains.my ke dalam ucapannya sebagai tanda penghargaan.

Harapan Coin menegaskan sekali lagi bahawa YB Khalid Samad tidak menyokong atau mengiktiraf pelaburan Dinar Dirham atau apa sahaja yang berkaitan dengannya.

Pengasas bersama DinarDirham, Arrai bin Ezzra pernah dikaitkan dengan beberapa skim penipuan seperti RGCX, FXRANEX dan macam-macam lagi.

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.